Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Wednesday, October 24, 2012

Ceramah Program Pertolongan Cemas


 
     Tarikh : 28 Ogos 2012 Tempat: Dewan Jubli Perak PKB
     Jurulatih: JPAM (KB)
Program Pertolongan Cemas ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang cara-cara melakukan pertolongan cemas ketika diperlukan dan dapat merialisasikan sukatan Kursus AR101.
Pada masa yang sama pensyarah modul juga berpeluang mengikuti ceramah ini bagi menambahkan pengetahuan dalam pengendalian pertolongan cemas sekiranya berlaku pada pada pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Ceramah yang disampaikan ini juga diselangi dengan tayangan video pengendalian pertolongan cemas yang lebih mudah difahami oleh pelajar yang kuantiti agak ramai iaitu lebih kurang 1400 orang pelajar semester satu bersama pensyarah modul masing-masing.
    

Program Khidmat Masyarakat


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIT KOKURIKULUM PKB
Unit Kokurikulum PKB telah mengadakan aktiviti kesukarelawan di KG Gusai,Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang pada 18hb hingga 22 Oktober 2012. Ketika orang lain seronok menonton Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia, peserta program ini merentasi cabaran perjalanan yang jauh demi memberi sumbangan kepada masyarakat pendalaman negeri Pahang. Perjalanan bermula dari PKB ke Kuala Tahan menaiki bas PKB, dari Kuala Tahan peserta menaiki bot yang memuatkan seramai 13 penumpang selama 3 jam ke Kg Bantal. Dari Jeti Kg Bantal ke KG Gusai peserta terpaksa menaiki bot yang boleh memuatkan penumpang seramai 4 orang sahaja.  Aktiviti yang sangat berfaedah dan memberi banyak pengalaman kepada peserta seramai 25 yang terdiri daripada pelajar semester satu, dua, tiga, empat (L.I),lima dan semester  enam.5 kumpulan pelajar telah dibahagi kepada 5orang setiap kumpulan iaitu Kumpulan 1 (motivasi dibimbing oleh Kaunselor PKB  En Tiew Jim Mi dan Cik Nor Asma Mamat), Kumpulan 2 (Keceriaan dibimbing olehEn Mohd Azri And Ghani dan Pn Aniza Mat Nor -PA), Kumpulan 3 (Pendawaian A dibimbing oleh En Azlan Mohd Nor dan En Udom Ewon), Kumpulan 4 (Pendawaian B dibimbing oleh En Nik Tantawi Nik Yusof dan Mohd Hafizudin Ab Satar-Pelajar L.I) dan Kumpulan 5 (Makanan dan Sukaneka dibimbing oleh En Hasnizul Hasbullah dan Cik Nordalila Mohd Khali).Setiap  kumpulan memainkan peranan masing-masing iaitu kumpulan pendawaian A dan B akan ke rumah penduduk kampung untuk membetul dan membaiki sistem pendawaian rumah penduduk.Kumpulan keceriaan akan mengecat kawasan sekolah, kumpulan motivasi akan membimbing semua pelajar sekolah dengan aktiviti motivasi dan kumpulan makanan dan sukaneka akan bersama penduduk menyiapkan juadah dan sukaneka kepada penduduk kampung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Wan Zulkifly bin Wan Zakaria,Pengarah Bahagian Pembangunan & Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik. Menurut Pengarah Program Khidmat Masyarakat ini En Mohd Azri Abdul Ghani, dalam program ini juga kita telah membahagikan pakaian terpakai kepada penduduk,yang mana pakaian itu telah dipungut oleh peserta program daripada keluarga dan kawan-kawan mereka.Disamping menjadi sukarelawan membantu para penduduk Kg Gusai, para peserta sebenarnya telah memartabatkan lagi identiti dan fungsi politeknik di mata penduduk kerana ini kali pertama kg mereka didatangi oleh pelajar IPT untuk menyumbang bakti kepada kg mereka, bahawa politeknik bukan sahaja merupakan tempat pembelajaran berunsur akademik bahkan merupakan flatform dalam melahirkan para pelajar yang mempunyai semangat sukarelawan.Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama guru Sekolah Keb. Gusai, PIBG SK Gusai, Penghulu (Tok Empat) dan penduduk Kg Gusai serta Sokongan dari Unit Kokurikulum PKB, Persatuan Alumni PKB (PAPKB) dan Jabatan Pengajian Politeknik.


Wednesday, August 29, 2012

program 'Survival Siswa'khidmat masyarakat

Terbuka kepada pelajar semester satu  AR101 dan dua AR201 sahaja. Terhad kepada 40 orang ( 20 lelaki dan 20 perempuan )
Pelajar boleh daftar di unit Kokurikulum.
Lokasi: Kg Gusai, Ulu Tembeling, pahang
tarikh: 18-21 Oktober 2012
siapa cepat dia berjaya.

Lt. Mohd Azri

Monday, July 16, 2012

TAKLIMAT KOKURIKULUM KPD PENSYARAH


Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia
Makluman kepada semua pensyarah yang mengajar AR101 dan AR201 bagi sesi Jun2012, satu taklimat Kokurikulum akan diadakan seperti butiran berikut:

              Tarikh     : 17/07/12 (Selasa)
             masa       : 3.00ptg-5.00ptg
             Tempat    : Dewan Al-ghazali

Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan bagi melicinkan proses P&P AR101 dan AR201 pada semester ini. Kerjasama dari pihak tuan, didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

sekian Terima Kasih
 
Udom a/l Ewon
Ketua Unit kokurikulum

Tuesday, July 3, 2012

Kursus Kor Jurulatih Polibriged

Unit Kokurikulum PKB telah melaksanakan Kursus ini khas untuk melatih Pelajar semester satu yang akan menduduki semester dua pada sesi Jun 2012 nanti. Mereka adalah anggota Askar Wataniah yang telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda dan mempunyai kemahiran dalam kawad kaki serta ilmu ketenteraan.
Mereka dibawa ke Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu Pulau Bidong untuk dilatih bagaimana untuk menangani konflik dan kerenah pelajar baru, bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin dalam usaha mengajar teknik-teknik kawad kaki agar kesemua pelajar baru nanti dapat menguasai kemahiran kawad kaki. Sesungguhnya dengan kawad kaki ini dapat melatih pelajar berdisiplin, kerjasama dan mengikut arahan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh semua pensyarah Kokurikulum PKB yang diketuai oleh En Udom a/l Ewon, En Wan Azhar Wan Ismail, En Mohd Fadly Abdullah, En Anuar bin Seman, Pn Juliana Md Jusoh, Cik Nik Nor Fathiha bt Nik Din dan Lt Mohd Azri Abdul Ghani.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En Wan Zulkifly Wan Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan & Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.




Tuesday, April 10, 2012

PKB Sport Festival

Salam Sejahtera,
Kepada semua Penasihat Akademik (Sem 1 dan 2) ,Pensyarah AR201 dan AR101 ,Unit Kokurikulum ingin memohon kerjasama dari pihak tuan/puan
untuk memaklumkan kepada pelajar semester 1 dan 2 supaya menyertai PKB Sport Festival yang akan diadakan pada 15 April 2012 (Ahad).
Mohon kerjasama pensyarah Kokurikulum (AR101 dan AR201) agar pelajar berada dalam barisan mengikut kelas/kelab/persatuan sebelum dan semasa sesi senamrobik berlangsung .
Kehadiran pelajar adalah bagi memberi sokongan dan menjayakan program yang dianjurkan oleh pelajar kita sendiri. Pastikan pelajar memakai T-Shirt kokurikulum.
Aturcara program adalah seperti di berikut:
08.00 pg - Pendaftaran Pelajar dan Staf Politeknik Kota Bharu
08.15 pg - Senamrobik
08.45 pg - Ketibaan tetamu, VVIP
09.00 pg - Aluan Pengerusi
- Bacaan Doa
- Nyanyian lagu Negaraku, Politeknik Malaysia,
Politeknik Kota Bharu
- Uacapan Aluan oleh Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu
- Perasmian Program oleh Dato ’ Sri Mustapha Mohamed,
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
- Gimik Perasmian
- Larian PKB Sport Festival / Sukan Rakyat / Sukan
Santai / Explorace /
Jom Masuk Poly / Lawatan Sekitar Kampus Politeknik
Kota Bharu
01.00 ptg - Bersurai
Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Udom
Unit Kokurikulum PKB

Key in markah kokurikulum AR101 dan AR201

Salam sejahtera…
Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang komited menyelesaikan tugasan ( mengajar ) untuk sesi Disember 2012 dan kami berharap komitmen ini dapat diteruskan lagi untuk sesi hadapan. Sedikit pengumuman untuk semua pensyarah AR101 dan AR201 :
1. Mohon semua pensyarah AR101 dan AR201 menangguhkan dahulu urusan key in markah Kokurikulum untuk semester ini kerana pertukaran system daripada I-koko kepada sisterm baru ( web PKB ).
2. Bengkel penggunaan system baru dijangka dilaksanakan pada hari Selasa ( 17 April 2012 ) melibatkan pensyarah AR101 dan AR201. Surat panggilan bengkel akan diedarkan dalam masa terdekat ini,.
Harap maklum.
Udom
Ketua Kursus Kokurikulum
Unit Kokurikulum PKB