Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, February 8, 2011

UJIAN AMALI ASKAR WATANIAH AR201

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ujian Amali AR201 untuk pelajar semester dua
Pasukan Askar Wataniah telah diadakan pada:
Tarikh: 11-12 Feb 2011
Tempat: Tasik Politeknik Kota Bharu
Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur mengikut perancangan pada kertas kerja. Persediaan telah di buat bermula hari selasa 08.02.11 pada waktu kokurikulum diadakan mesyuarat pembahagian tugas kepada semua pelajar AR201 Askar Wataniah.

Perasmian disempurnakan oleh Penyelaras Kelab Persatuan AR201 PKB En Udom a/l Ewon
Program ini dirancang bagi memantapkan kerjasama dan UJIAN AMALI AR201 iaitu Ujian Kawad Kaki, Kompas, Orientering,Ketahanan Fizikal pula menguji kesabaran anggota terpaksa berlari sejauh 7 km dari lokasi ke lokasi tertentu untuk mendapatkan bahan makanan serta peralatan ikhtiar hidup,ada checkpoint terpaksa merentasi tasik (basah la tu) dan pemasangan khemah serta Hammork. Disamping mendisiplinkan diri anggota, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan cara hidup sihat, berketrampilan dan personaliti diri yang positif serta memenuhi misi politeknik amnya.

Sekian.