Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, April 12, 2015

Cocurriculum Entrepreneurship Research Programme



Cocurriculum Entrepreneurship Research Programme anjuran Unit Kokurikulum PKB bermula 13 hingga 16 Dis 2014 bertempat di Phnom Penh, Kemboja. Pelajar yang terpilih adalah antara pelajar yang aktif dalam program anjuran Unit Kokurikulum sepanjang tahun 2014 dan seramai 8 orang pelajar dari pelbagai jabatan. Program ini mempunyai dua motif dan tugasan kepada pelajar iaitu mengkaji suatu makanan halal dan punca sumber makanan halal di kg Croi Manteri serta kajian punca air bersih untuk kegunaan harian penduduk. Program kali ini telah mendapat sokongan dari Kedutaan Malaysia di Kemboja di mana perbentangan program kepada kedutaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB En. Kamaludin bin Daud.




Sunday, April 5, 2015

KEM JATIDIRI DAN PENGHAYATAN WARISAN PELAJAR KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM POLITEKNIK KOTA BHARU



Kem Jatidiri dan Penghayatan Warisan Pelajar Kokurikulum Unit Beruniform Politeknik Kota Bharu telah Berjaya dilaksanakan pada 11 hingga 13 November 2014 yang diadakan di Stesyen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pulau Bidong, Terengganu. Kem ini bertujuan menerapkan elemen-elemen jatidiri kepada pelajar di mana pelajar-pelajar tersebut perlu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh urusetia. Selain itu para pelajar juga telah dibawa melawat ke bekas tapak penempatan pelarian warga Vietnam di pulau tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menerapkan kepada para pelajar tentang pentingnya memelihara tempat seperti itu untuk tatapan generasi yang seterusnya. 



Pertandingan Wau Bercahaya Antarabangsa Kelantan 2014



Pertandingan Wau Bercahaya Antarabangsa Kelantan 2014 yang berlansung di Pantai Geting, Tumpat pada 30 Mei 2014 telah disertai olehpelajar Politeknik Kota Bharu yang mana kelab Layang-layang Unit Kokurikulum telah menghantar 3 kategori. Pensyarah Penasihat Kelab Layang-layang PKB en Chung Boon Chuan telah bertungkus lumus bersama pelajar untuk menyiapkan wau tersebut yang mana dikelasifikasikan wau cahaya kerana dipertandingan di waktu malam. PKB telah mendapat tempat ketiga dalam dua kategori iaitu Wau Bercahaya Paling Terang danWau Bercahaya Terbaik. Pertandingan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan negeri Kelantan telah dihadiri oleh 20 negara luar.





Pertandingan Futsal antara jabatan di Politeknik Kota Bharu



Pertandingan Futsal antara jabatan di Politeknik Kota Bharu telah diadakan di Futsal Hidayah Kok Lanas anjuranUnit Kokurikulum PKB dengan kerjasama Persatuan Alumni Politeknik Kota Bharu pada 19 Sept. 2014. Semua jabatan telah menyertai pertandingan ini termasuk team Pentadbiran Politeknik. Keputusan pertandingan ini, Johan ialah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Naib Johan pentadbiran PKB dan tempat ketigaJabatan Kejuruteraan Elektrik. Hadiah sumbangan Persatuan Alumni Politeknik Kota Bharu telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, En.Kamaludin bin Daud.




.