Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, March 12, 2023

Kem Kokurikulum Berkredit Askar Wataniah 2 (MPU24711)

 09-11 Mac 2023- Campsite Pulau Rhu, Besut Terengganu.

18 Pelajar Kokurikulum Berkredit AW2 (MPU24711) di bantu oleh 7 AWPKB senior dengan kerjasama 23 Skn RAJD (AW) telah melaksanakan Kem Kokurikulum Berkredit MPU24711 di namakan Kem Taring Perwira.

Kem ini merangkumi silibus MPU24711 bagi penilaian mini projek dan tunjukcara selama 2 minggu iaitu fasa 1 di Politeknik Kota Bharu waktu Kokurikulum petang rabu dan fasa kedua di lokasi luar iaitu Campsite Pulau Rhu, Besut Terengganu.

Kem ini telah diurus selia oleh Pensyarah Kokurikulum AW2 iaitu Mejar Mohd Azri bin Abdul Ghani dan dibantu oleh En Azli Syam bin Awang (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB).






Persediaan Fasa 1 di Politeknik Kota Bharu










 Ikhtiar hidup






Ilmu Medan Perang




Kawad Kaki




Gotong Royong cuci kawasan perkhemahan







Aktiviti Riadah



Pergerakan balik ke Politeknik Kota Bharu, bendahari membuat pembayaran kepada Cikgu Mad, Pengurus Campsite Pulau Rhu, Besut, Terengganu.

Kesimpulan Kem Taring Perwira ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan selesai proses penilaian Tunjuk Cara dan Mini Projek MPU24711 Kokurikulum Berkredit Askar Wataniah 2.





Tuesday, March 7, 2023

LAWATAN AKADEMIK KELAB PAINTBALL KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 03 Mac 2023- Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu (KP2GWPKB) telah mengadakan sesi Lawatan penanda aras ke Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Objektif lawatan adalah bagi melihat struktur sukatan kokurikulum berkredit bagi sukan Paintball yang telah dijalankan di UPM agar dapat dipraktikkan di Politeknik Kota Bharu seterusnya ke semua Politeknik Malaysia.

Ketibaan team Paintball PKB telah di sambut oleh Prof Madya Dr Omrah Hassan@Hussin , Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia.  Noor Mohamad Shakil Hameed,  Timb. Pengarah Pentadbiran dan Kewangan,    Dr. Hizmawati Madzin hizmawati, Timb. Pengarah Kursus Kokurikulum Berkredit,   En Bukryman Sabri dan  En Hairul Nizam Mohd Saroji.

Di sebelah petangnya pulak team Paintball PKB ke Cyberjaya Paintball Park bagi sesi bersama pengurusan Sourthen Legion Paintball bagi menimba ilmu berkaitan pengurusan padang, pengendalian pertandingan paintball serta baik pulih marker paintball.

Lawatan ini banyak memberi impak kepada kelab paintball PKB.