Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, February 28, 2022

PENCARIAN BAKAT BARU UNTUK MEWAKILI PKB DALAM SUKAN PAINTBALL

 TEAM PAINTBALL PKB DALAM PENCARIAN BAKAT BARU SEBAGAI ATLIT PAINTBALL UNTUK MEWAKILI PKB.

KEJOHANAN TERDEKAT ADALAH 26-27 MAC 2022 DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN, PANJI KELANTAN.



BANYAK LAGI KEJOHANAN PERINGKAT KEBANGSAAN AKAN DIISERTAI.

PELAJAR YANG ADA PENGALAMAN DI ALU ALUKAN.

YANG BERMINAT BOLEH DATANG JUMPA PENYELARAS PAINTBALL PKB DI JHEP.

(Mohd Azri Abdul Ghani)

Sunday, February 13, 2022

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PRESIDEN KAVA 2022

 11 & 12 FEB 2022, Pasukan Bola Tampar Politeknik Kota Bharu telah menyertai KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PRESIDEN KAVA 2022 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan.

        Pasukan PKB yang turut disertai oleh KJSKK dan En. Mohd Zulkafli, Jurulatih PKB telah memperolehi tempat ketiga di dalam kejohanan tersebut.







KURSUS ASAS WOODBALL TAHAP 1

         JSKK, dalam mengembangkan lagi sukan di PKB telah menghantar 3 orang Penyelaras beserta Pegawai Sukan untuk mengikuti Kursus Asas Woodball Tahap 1 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Kursus satu hari yang diadakan pada 10 Februari 2022 itu dikelola oleh Persatuan Woodball Terengganu.

        Akan datang, PKB akan mempunyai gelanggang Woodball-nya sendiri. Diharapkan sukan Woodball akan berkembang di PKB dan Kelantan umumnya.












Thursday, February 10, 2022

KEJOHANAN BOLA TAMPAR STAF PKB 2022


        7 dan 9 Februari 2022, telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar Staf dan Kakitangan Politeknik Kota Bharu anjuran JSKK PKB dan hadiah ditaja oleh Koop Bank Pertama. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari tersebut disertai oleh 5 kumpulan wanita dan 8 kumpulan lelaki.

        Kategori wanita dijuarai oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal manakala kategori Lelaki pula dijuarai oleh Admin 1. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada barisan urusetia pengelola En. Mohd Zulkafli b. Mohamed dan Team Bola Tampar PKB.