Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, December 18, 2022

Aktiviti Paintball penutup tahun 2022

 Kelab Paintball PKB diberi kepercayaan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menjayakan aktiviti Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu (SRM PKB) dan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Kelantan (SRM UMK). Juga penganjuran komuniti kepada  Perasatuan Silat Chentek Kg Che Arus, Kok Lanas, Kelantan.

SRM PKB: GEMPUR PERWIRA PAINTBALL TOURNAMENT





SRM UMK : KLINIK PAINTBALL@PENGUPAYAAN SRM UMK
















PAINTBALL SILAT CHANTEK (SH)  KG CHE ARUS KOK LANAS













Tuesday, October 18, 2022

Pelajar PKB bertugas sebagai Pengadil Paintball di peringkat Kebangsaan 2022

 Kelab Paintball PKB merealisasikan KPI Politeknik dimana penglibatan pelajar (PKB) dalam aktiviti di peringkat Kebangsaan. 

Penglibatan pelajar sebagai pengadil paintball JBSNK, Malaysia Super Seven di Kuala Lumpur, Winter Paintball League di Kuala Lumpur dan Nouthern Paintball Super League di Langkawi.


Pengendalian Paintball SRM PKB bersama SRM Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Pengadil Paintball kejohanan NPSL 2022@Langkawi 





Pengadil Paintball di kejohanan Malaysia Super Seven 2022





Sunday, September 18, 2022

KURSUS MENSERVIS MARKER PAINTBALL PKB

 02-04 Sept. 2022 bertempat di Padang Paintball PKB.

Keseluruhan 26 LARAS MARKER PAINTBALL PKB bocor dan ada yang rosak.

Peringkat awal pengurusan kelab Paintball ingin membawa keluar Marker Paintball PKB untuk dihantar servis di Cyberjaya Paintball Park tetapi tidak mendapat kelulusan pihak PDRM (IPK Kelantan).

Inisiatif telah diambil dengan membawa masuk pengendali paintball ECPL dan NPSL Malaysia en Fuad datang ke PKB disamping membaiki beliau juga mengajar pelajar PKB (ahli kelab paintball) cara-cara untuk membuka, menservis/membaiki dan memasang dengan betul. Alhamdulillah 23 daripada 26 laras dapat digunakan. (Persediaan Kejohanan Paintball Semarak Merdeka SRMPKB pada 17 Sept 2022)

                                                    Tunjuk ajar oleh penceramah



Kusyuk menservis marker Paintball PKB

Peserta dan penceramah


                                                    Cara-cara sambungan kompressor



Tinjauan Padang PB PKB




Wednesday, August 10, 2022

Penyertaan Team Paintball PKB minggu cuti semester

 23-24 Julai. Bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Team Paintball menyertai Kejohanan Paintball Kebangsaan  ECPL vol.2.0 Piala Menteri Besar Terengganu. Latihan intensif telah dijalankan sebelum bergerak ke Kuala Terengganu.

PKB menyertai kategori Rookies. Untuk kejohanan kali ini Team PKB hadir dengan 3 tugas iaitu sebagai pemain, crew dan pengadil.












05-06 Ogos 2022,Bertempat di  Nemesis Legion Academy Puncak Alam Selangor. Team Paintball PKB menyertai WPL (Winter Paintball League).

Penglibatan atlit PKB sebagai pengadil MPRO dan mewakili team IPD Taiping (Patriotz)