Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, December 16, 2018

TEAM PAINTBALL PKB CHAMPION PALS WORLD CUP ASIA 2018


Sejarah tercipta penutup tirai tahun 2018 apabila Team Paintball Politeknik Kota Bharu terpilih ke Pals WCA 2018 setelah menduduki tangga  ke 3 Eclips Paintball Series (EPS 2018) untuk mengharungi kejohanan "Paintball-Asia League Series (Pals) World Cup Asia 2018 yg akan berlangsung di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) Langkawi bermula 6hb hingga 9hb Disember 2018. Antara pasukan yang menyertai kejohanan kali ini ialah dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia, Belgium, Singapura, New Zealand, Iran dan Rusia.



Team PKB telah  menyahut cabaran daripada team2 luar negara dan menjadi Juara Baru dalam Kejohanan yg berprestij ini.  Team PKB yg disertai 8 orang pelajar dari perbagai jurusan yg telah dilatih dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan extrem paintball ini. Team PKB mendapat sokongan yg padu dari Pengurusan Tertinggi PKB, Tn Hj Azahan bin Hj Daud, Timbalan Pengarah Akademik PKB  telah menaikkan semangat kepada semua pemain untuk berusaha sedaya mungkin bagi memburu kemenangan. Team PKB berjaya mendapat kejayaan yg cemerlang dengan menjadi Juara kategori "Open Mechanical" dengan membawa pulang sijil, medal, piala kejuaraan dan wang tunai sebanyak RM4000. 00. Yg kami sangat gembira ialah team sourthern Alliance dari Australia kita dpt tumpaskan 2-0 masa pusingan kedua. PKB juga menumpaskan 2-0 musuh tradisi paintball dari team UiTM Speedbull di peringkat separuh akhir dan team Rampaging Zebra yg  pernah mewakili Malaysia kita tumpaskan masa final juga 2-0, Team PKB juga mendapat sumbangan peralatan paintball dari Datin Seri Fazlyn Ahmad dari Team KTM X Bow.





Team PKB mendapat jemputan ke Brunei open.