Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, September 8, 2014

Program Derma Darah dan Proses Medikal Pengambilan Anggota Baru Askar Wataniah PKB

Untuk makluman semua pelajar PKB yang berminat menyertai Anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu (AWPKB). Proses medikal akan dijalankan pada 09/09/14 jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg di sekitar galeri Perpustakaan PKB. Sila bawa dokumen yang diperlukan:
 i. 3 salinan KP sendiri, ii. 3 salinan KP 2 orang waris, iii. 3 salinan sijil lahir  iv. 3 salinan surat tamat sekolah,  v. 3 salinan keputusan SPM dan 4 keping gambar ukuran passport. 
Sekian, Harap Maklum.

Sunday, July 20, 2014

Program #SamaSama

Program #SamaSama pada 22 Julai 2014

Program yang dianjurkan oleh Project Amal dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu.
Terbuka kepada 100 orang Pelajar Perempuan dan Staf Perempuan PKB sahaja.

                          Perkara                           Lokasi                     Peserta         Fasilitator


0200-0430 pm  Kelas Memakai Hijab   Dewan Kuliah 2 PKB   100 org      JOJIE (Kakak Ella)

0430-0500 pm Solat Asar Masjid ibrahimi

0500-0630 pm Ceramah Perdana

“Ketibaan Menyambut Syawal”             Dewan Kuliah 2 PKB   100 org   Pencetus Ummah FIDZ

Kepada yang berminat sila mendaftar di Unit Kokurikulum sehingga tempat masih ada.. yang mendaftar sahaja akan di beri Tudung Hijab

PENGAMBILAN BARU ANGGOTA PISPA

Thursday, June 26, 2014

PKB Merangkul Tempat Ke-3 Pertandingan Wau Bercahaya Di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014





Pesta Wau Antarbangsa kali ke-32 telah berlangsung di Pantai Geting Tumpat, bermula 28 Mei 2014. Sebanyak 42 peserta antarabangsa dari 18 buah negara termasuk Australia, Belgium, China, England, Itali, New Zealand dan Sweden di samping 180 peserta kebangsaan. Terdapat 22 acara pertandingan dipertandingkan sepanjang empat hari pesta berlangsung selain turut menganjurkan bengkel membuat wau kepada pelajar sekolah menengah. 

PKB telah menghantar 3 penyertaan Kategori Wau Bercahaya sempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 yang berlangsung 30 Mei 2014 melalui pelajar AR201 (kelab wau) yang diketuai oleh En. Chung Boon Chuan. Daripada 3 penyertaan, PKB telah berjaya mendapat tempat Ke-3 bagi 2 Kategori Terbuka iaitu Wau Bercahaya Paling Terbaik dan Wau Paling Terang. Kategori bagi Pesta Wau Bercahaya Antarabangsa yang berlangsung pada malam tersebut membabitkan penyertaan daripada pelbagai agensi seperti hotel, institusi pengajian tinggi, agensi pelancongan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peserta antarabangsa. Sebanyak 75 penyertaan yang telah diterima bagi kategori Wau Bercahaya Terbuka.

Kem Kepimpinan Kokurikulum

Kursus Kepimpinan kepada Bakal Pengerusi Kelab/Persatuan untu sesi Jun 2014.
35 peserta telah dilatih dengan Prinsip Seorang pemimpin,jati Diri, LDK dan perbentangan individu bagi menilai tahap keyakinan diri peserta. Program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, En Kamaludin bin Daud.Dilaksanakan pada 25-27/04/2014 bertempat di D'Lagoon, Pulau Perhentian Terengganu.

Monday, March 31, 2014

PERJUMPAAN ANGGOTA ASKAR WATANIAH PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dimaklumkan satu perjumpaan akan diadakan kepada semua anggota sukarela Askar Wataniah PKB seperti berikut:

Tarikh: 01/04/2014 (selasa)
Masa : 1700
Lokasi: Pusat Pelajar PKB

Kehadiran Wajib kepada : Anggota baru bagi pengesahan mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2014 pada 04/05-03/06/2014 dan Wajib kepada anggota lama yang akan mengikuti kursus KADAR di Rej. 501 AW kem Tebrau, Johor pada 29/04-28/05/2014. sekian, terima kasih

Wednesday, February 19, 2014

Nombor Tentera anggota baru pelajar PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sukacita dimaklumkan proses permohonan nombor tentera bagi pelajar baru PKB telah pun berjaya. Pelajar boleh dapatkannya di Unit Kokurikulum PKB. Sekian, TQ Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani