Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Saturday, July 14, 2018

Team Paintball PKB JUARA Paintball EPS Leg 2@ Bangi 2018






Kelab Paintball Politeknik Kota Bharu (PKB) telah melakar sejarah tersendiri pada tahun 2018 yang mana  kejayaan menjadi JUARA dalam Kejohanan Paintball liga EPS Leg 2 di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi. PKB yg mewakili Politeknik Malaysia adalah satu-satunya team dari IPT yg berjaya sampai ke tahap ini dalam sukan Paintball di Malaysia.
Pada 7hb dan 8hb Julai 2018, PKB telah menjadi JUARA kategori Novice mengetepikan 8 pasukan ternama yg lebih berpengalaman dalam sukan paintball. Lebih manis lagi salah seorang   atlit paintball PKB MUHAMMAD ZAWAWI BIN HUSSIN, Diploma Kejuruteraan Awam telah dinobatkan sbg penerima Anugerah pemain keseluruhan terbaik.
Anugerah tersebut telah menaikkan semangat kpd atlit2 paintball PKB untuk mencapai Kejuaraan bg melayakkan PKB ke Peringkat Asean Cup di Australia bulan oktober nanti.
Menurut Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani selaku Jurulatih dan pengurus  team PKB, latihan yg telah dijalankan sebelum menghadapi kejohanan adalah dlm bentuk taktikal iaitu rancang, serang dan bertahan. Faktor kesabaran pemain juga sangat penting. Beliau juga sangat gembira kerana team Paintball PKB mendapat sokongan yg padu dari KJSKK En Udom a/l Ewon serta dari Pengarah PKB Hj Noor Azahan bin Othman. Pemain PKB yg terdiri dari unit uniform Askar Wataniah, Relasis dan Pispa adalah pelajar yg lasak dan menerima latihan taktikal yg mantap di PKB.
PKB berada di rangking kedua setakat ini dgn 288 mata, ketinggalan 22 mata dibelakan pendahulu  dari team Anarki Legion.
Team PKB perlu harungi : 
1. Siri ke 3 pada 4&5 / 8/18
2. Siri ke 4 ( final) pada 7&8/9/18
3. Asia Cup Australia 12/10/18.
Dalam kebolehpasaran pemain paintball PKB pula satu
Impak yg tinggi PKB juga mempunyai marshall paintball yg sering diundang utk mengadili kejohanan  paintball peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Terbaru pelajar Siti Nor Farhana bt Mohd Lutfi  di panggil sbg Pengadil di Kejohanan Paintball Terbuka Medan Indonesia pd 25-26/8/18.
Player PKB yg tamat belajar juga di perlawa utk dipilih oleh pasukan ternama menyertai team mereka.