Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Thursday, June 26, 2014

PKB Merangkul Tempat Ke-3 Pertandingan Wau Bercahaya Di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014





Pesta Wau Antarbangsa kali ke-32 telah berlangsung di Pantai Geting Tumpat, bermula 28 Mei 2014. Sebanyak 42 peserta antarabangsa dari 18 buah negara termasuk Australia, Belgium, China, England, Itali, New Zealand dan Sweden di samping 180 peserta kebangsaan. Terdapat 22 acara pertandingan dipertandingkan sepanjang empat hari pesta berlangsung selain turut menganjurkan bengkel membuat wau kepada pelajar sekolah menengah. 

PKB telah menghantar 3 penyertaan Kategori Wau Bercahaya sempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 yang berlangsung 30 Mei 2014 melalui pelajar AR201 (kelab wau) yang diketuai oleh En. Chung Boon Chuan. Daripada 3 penyertaan, PKB telah berjaya mendapat tempat Ke-3 bagi 2 Kategori Terbuka iaitu Wau Bercahaya Paling Terbaik dan Wau Paling Terang. Kategori bagi Pesta Wau Bercahaya Antarabangsa yang berlangsung pada malam tersebut membabitkan penyertaan daripada pelbagai agensi seperti hotel, institusi pengajian tinggi, agensi pelancongan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peserta antarabangsa. Sebanyak 75 penyertaan yang telah diterima bagi kategori Wau Bercahaya Terbuka.

Kem Kepimpinan Kokurikulum

Kursus Kepimpinan kepada Bakal Pengerusi Kelab/Persatuan untu sesi Jun 2014.
35 peserta telah dilatih dengan Prinsip Seorang pemimpin,jati Diri, LDK dan perbentangan individu bagi menilai tahap keyakinan diri peserta. Program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, En Kamaludin bin Daud.Dilaksanakan pada 25-27/04/2014 bertempat di D'Lagoon, Pulau Perhentian Terengganu.