Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, July 16, 2012

TAKLIMAT KOKURIKULUM KPD PENSYARAH


Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia
Makluman kepada semua pensyarah yang mengajar AR101 dan AR201 bagi sesi Jun2012, satu taklimat Kokurikulum akan diadakan seperti butiran berikut:

              Tarikh     : 17/07/12 (Selasa)
             masa       : 3.00ptg-5.00ptg
             Tempat    : Dewan Al-ghazali

Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan bagi melicinkan proses P&P AR101 dan AR201 pada semester ini. Kerjasama dari pihak tuan, didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

sekian Terima Kasih
 
Udom a/l Ewon
Ketua Unit kokurikulum

Tuesday, July 3, 2012

Kursus Kor Jurulatih Polibriged

Unit Kokurikulum PKB telah melaksanakan Kursus ini khas untuk melatih Pelajar semester satu yang akan menduduki semester dua pada sesi Jun 2012 nanti. Mereka adalah anggota Askar Wataniah yang telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda dan mempunyai kemahiran dalam kawad kaki serta ilmu ketenteraan.
Mereka dibawa ke Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu Pulau Bidong untuk dilatih bagaimana untuk menangani konflik dan kerenah pelajar baru, bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin dalam usaha mengajar teknik-teknik kawad kaki agar kesemua pelajar baru nanti dapat menguasai kemahiran kawad kaki. Sesungguhnya dengan kawad kaki ini dapat melatih pelajar berdisiplin, kerjasama dan mengikut arahan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh semua pensyarah Kokurikulum PKB yang diketuai oleh En Udom a/l Ewon, En Wan Azhar Wan Ismail, En Mohd Fadly Abdullah, En Anuar bin Seman, Pn Juliana Md Jusoh, Cik Nik Nor Fathiha bt Nik Din dan Lt Mohd Azri Abdul Ghani.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En Wan Zulkifly Wan Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan & Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.