Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, December 16, 2018

TEAM PAINTBALL PKB CHAMPION PALS WORLD CUP ASIA 2018


Sejarah tercipta penutup tirai tahun 2018 apabila Team Paintball Politeknik Kota Bharu terpilih ke Pals WCA 2018 setelah menduduki tangga  ke 3 Eclips Paintball Series (EPS 2018) untuk mengharungi kejohanan "Paintball-Asia League Series (Pals) World Cup Asia 2018 yg akan berlangsung di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) Langkawi bermula 6hb hingga 9hb Disember 2018. Antara pasukan yang menyertai kejohanan kali ini ialah dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia, Belgium, Singapura, New Zealand, Iran dan Rusia.



Team PKB telah  menyahut cabaran daripada team2 luar negara dan menjadi Juara Baru dalam Kejohanan yg berprestij ini.  Team PKB yg disertai 8 orang pelajar dari perbagai jurusan yg telah dilatih dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan extrem paintball ini. Team PKB mendapat sokongan yg padu dari Pengurusan Tertinggi PKB, Tn Hj Azahan bin Hj Daud, Timbalan Pengarah Akademik PKB  telah menaikkan semangat kepada semua pemain untuk berusaha sedaya mungkin bagi memburu kemenangan. Team PKB berjaya mendapat kejayaan yg cemerlang dengan menjadi Juara kategori "Open Mechanical" dengan membawa pulang sijil, medal, piala kejuaraan dan wang tunai sebanyak RM4000. 00. Yg kami sangat gembira ialah team sourthern Alliance dari Australia kita dpt tumpaskan 2-0 masa pusingan kedua. PKB juga menumpaskan 2-0 musuh tradisi paintball dari team UiTM Speedbull di peringkat separuh akhir dan team Rampaging Zebra yg  pernah mewakili Malaysia kita tumpaskan masa final juga 2-0, Team PKB juga mendapat sumbangan peralatan paintball dari Datin Seri Fazlyn Ahmad dari Team KTM X Bow.





Team PKB mendapat jemputan ke Brunei open.

Tuesday, October 9, 2018

Team Paintball PKB juara Target Shooting Program Gerak Ushawan Kampus 2018

1 Oktober- Dungun..  Team Paintball PKB berjaya mencipta nama selaku Juara Pertandingan Target Shooting Paintbal di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu sempena program Gerak Usahawan Kampus 2018 (GUK 2018). Team PKB yang dibimbing oleh Ketua Unit Keusahawanan PKB Hj Aziz bin Mamat mengetepikan team politeknik lain untuk bergelar Juara.






Thursday, September 13, 2018

Lawatan Auditor ETAC ke JSKK

sempena audit ETAC pada 12-13/09/2018, panel ETAC berkunjung ke JSKK bagi melihat dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh JSKK. Taklimat telah disampaikan oleh KJSKK En Wan Muhammad Marzudi bin Wan Muhammad melalui slide yang disediakan oleh editing profesional JSKK En Hazri Nizam bin Zakaria.

Kursus Pengurusan Pertandingan Paintball Peringkat Kebangsaan

Seramai 25 ahli kelab Paintball PKB yang terdiri dari pemain paintball dan Marshall mengikuti Kursus Pengurusan Pertandingan Peringkat Kebangsaan bertempat di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Selangor anjuran Raskal Sports Sdn Bhd sempena Kejohanan Paintball Liga EPS 2018.

Banyak kebaikan yang diperolehi oleh peserta iaitu ILMU kepengadilan oleh wakil Asia Ref, peserta dapat melihat taktikal pemain profesional dan membantu pengurusan pertandingan.




Monday, September 10, 2018

KEJOHANAN PAINTBALL MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA 2018

1 sept 2018. Kota Bharu.
Julung kali diadakan Kejohanan Paintball Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) 2018 telah dilaksanakan dgn jayanya di Politeknik Kota Bharu.
Team Paintball PKB dibawah pengurusan Peg Belia dan Sukan PKB Nurdalila bt Mohd Khali berjata mengetepikan team2 politeknik lain utk bergelar Juara dlm kejohanan pertama anjuran MSP.
Kerjohanan ini mendapat kerjasama dari Malaysian Paintball Referee Organization (MPRO)  dan Raskal Sport 
Piala dan hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Hj Azahan bin Hj Daud, Timbalan Pengarah Akademik PKB mewakili Ketua Pengarah JPKK.
Keputusan 4 teratas:
Juara PKB A
N.juara PSAS
Ketiga PKB B
keempat POLIMAS.

Taklimat Pengurus oleh MPRO dan undian

Juara PKB A

 Keempat POLIMAS
Ketiga PKB B

 Saguhati MPRO

Medic dari APM Kelantan

Tuesday, August 14, 2018

Kejohanan Paintball Tertutup PKB 2018

Kelab Paintball dengan kerjasama JSKK menganjurkan Kejohanan Tertutup  pada 11 Ogos 2018 bagi memilih atlet Paintball PKB ke kejohanan Paintball MSP 2018 pada 1 September 2018.
Sebanyak 24 team mendaftar dan Kejohanan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Lebih manis lagi Manager dan Crew Raskal Sports syarikat terbesar paintball di Asia juga hadir memberi sokongan pada Kejohanan kali ini.








Paintball EPS Leg3 tahun 2018

Pada 4-5 Ogos Team Junior PKB mewakili Politeknik Malaysia meneruskan cabaran Paintball Liga EPS 2018.
Pada kali ini tersungkur di peringkat suku akhir.
Kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Selangor anjuran Raskal Sports.
1st Leg

2nd Leg

3rd leg









KEM KEPIMPINAN DAN SAHSIAH PELAJAR PKB

Kem ini telah diadakan di Pusat Latihan Penjara Marang Terengganu (Pulapen). Anjuran Kelab Askar Wataniah dengan kerjasama JHEP.
Peserta terdiri daripada AJK Kelab Askar Wataniah, JPSKK, AJK Kamsis dan Wakil Kelas.
Program diadakan pada 26-28 Julai 2018. Seramai 30 peserta terlibat.
Impak program memberi kesedaran kepada peserta untuk tidak melakukan jenayah yang membolehkan mereka masuk penjara.