Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Saturday, January 23, 2016

MAJLIS PERPISAHAN KOMANDAN RELASIS PKB

Majlis Perpisahan Komandan Relasis PKB telah diadakan pada 16 Jan 2016 bertempat di Foyer Bangunan Pentadbiran PKB.
Acara bermula dengan perbarisan masuk oleh 3 kontijen Unit Uniform PKB iaitu Relasis,Pispa dan Askar Wataniah.
Ketibaan Komandan Relasis PKB, PPjKR (Bersekutu) Kamaludin bin Daud yang juga mantan Timbalan Pengarah Akademik PKB yang telah bertukar ke Politeknik Jeli di iringi oleh Timbalan Komandan Relasis PKB, PPjR (Bersekutu) Udom a/l Ewon dan disambut oleh Komandan PISPA PKB, Mejar Bersekutu (PA) Hj Azahan bin Hj Daud yang juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB dan Pegawai Kokurikulum PKB, Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani.
Acara diteruskan dengan ketua perbarisan memberi tabik hormat kepada Tn. Kamaludin dan pemeriksaan barisan. Majlis penyerahan kerja daripada Komandan kepada Timbalan Komandan telah dilaksanakan dengan jayanya.




KEM KEPIMPINAN & TEAMBUILDING AJK USKK 2016

TARIKH: 3 HINGGA 5 DISEMBER 2015
TEMPAT; TASIK KENYIR,TERENGGANU
ANJURAN: UNIT SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN PKB

MOTO: TOWARDS EXCELLENT LEADERSHIP
OBJEKTIF:
·       Membentuk keyakinan diri dan membina jati diri peserta sebagai pemimpin.
·       Meningkatkan tahap disiplin kepada pemimpin pelajar PKB.
·       Memberikajn pendedahan dan pengalaman tentang ilmu pengendalian program dan teknik ikhtiar hidup.
·       Membentuk semangat kerjasama dalam satu organisasi.

AKTIVITI:
·       LDK/Teambuilding, Survival program,Camping, Explorace, Organization Management,Motivation Slot

IMPAK:
·       Jawatankuasa pelajar USKK dan staf USKK dapat mengeratkan silaturahim dan saling mengenali satu sama lain untuk membentuk semangat kerjasama yang jitu dan harmoni dalam satu organisasi.
·       Merangka pelbagai program bagi Tahun 2016 dengan lebih sistematik

SINOPSIS PROGRAM:
Program berkonsepkan teambuilding ini adalah julung-julung kali diadakan dengan gabungan staf USKK dan jawatankuasa USKK setelah ketiga-tiga unit iaitu Unit Sukan, Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan bergabung.   Penglibatan peserta dan jawatankuasa program adalah di kalangan para pelajar yang akan menerajui jawatankuasa pelajar USKK tahun 2016 dan staf USKK. Program ini turut melibatkan ketua-ketua platun unit uniform RELASIS, PISPA dan WATANIAH PKB.  Pelbagai aktiviti survival, kerohanian dan motivasi diadakan untuk memberi pelbagai pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari aspek kepimpinan, personaliti diri dan kerja berpasukan.  Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf USKK dengan pelbagai aktiviti yang diadakan  demi menaikkan lagi nama PKB

Tuesday, January 5, 2016

Malaysia Polytechnic International Voluntary Program

19-22/11/2015 seramai 15 pelajar yang terdiri daripada pemimpin Unit Beruniform PKB bersama 4 orang Pensyarah USKK PKB telah menyertai Program Khidmat sosial menservis penapis tangki air yang telah dipasang oleh YES! Politeknik Malaysia 2011. Lokasi program ialah di Kg Chroy Metrey, Phnom Penh Kemboja.
Program kali ini juga meliputi kajian air bersih, penggunaan solar untuk pam air dan aktiviti kokurikulum bersama wakil pelajar CIC -(Cambodia Islamic Center)