Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. AZMI BIN MAT RAIS (Pegawai Kokurikulum) 3. ARIF BIN AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum) 4. WEE SIEW PING (Ketua Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Saturday, January 23, 2016

KEM KEPIMPINAN & TEAMBUILDING AJK USKK 2016

TARIKH: 3 HINGGA 5 DISEMBER 2015
TEMPAT; TASIK KENYIR,TERENGGANU
ANJURAN: UNIT SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN PKB

MOTO: TOWARDS EXCELLENT LEADERSHIP
OBJEKTIF:
·       Membentuk keyakinan diri dan membina jati diri peserta sebagai pemimpin.
·       Meningkatkan tahap disiplin kepada pemimpin pelajar PKB.
·       Memberikajn pendedahan dan pengalaman tentang ilmu pengendalian program dan teknik ikhtiar hidup.
·       Membentuk semangat kerjasama dalam satu organisasi.

AKTIVITI:
·       LDK/Teambuilding, Survival program,Camping, Explorace, Organization Management,Motivation Slot

IMPAK:
·       Jawatankuasa pelajar USKK dan staf USKK dapat mengeratkan silaturahim dan saling mengenali satu sama lain untuk membentuk semangat kerjasama yang jitu dan harmoni dalam satu organisasi.
·       Merangka pelbagai program bagi Tahun 2016 dengan lebih sistematik

SINOPSIS PROGRAM:
Program berkonsepkan teambuilding ini adalah julung-julung kali diadakan dengan gabungan staf USKK dan jawatankuasa USKK setelah ketiga-tiga unit iaitu Unit Sukan, Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan bergabung.   Penglibatan peserta dan jawatankuasa program adalah di kalangan para pelajar yang akan menerajui jawatankuasa pelajar USKK tahun 2016 dan staf USKK. Program ini turut melibatkan ketua-ketua platun unit uniform RELASIS, PISPA dan WATANIAH PKB.  Pelbagai aktiviti survival, kerohanian dan motivasi diadakan untuk memberi pelbagai pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari aspek kepimpinan, personaliti diri dan kerja berpasukan.  Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf USKK dengan pelbagai aktiviti yang diadakan  demi menaikkan lagi nama PKB

No comments:

Post a Comment