Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, August 26, 2019

KURSUS MARSHALL PAINTBALL TAHAP 1 & 2 MPRO 2019

PKB- sekali lagi Kelab Paintball PKB menganjurkan Kursus Marshall Paintball diurusetiakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PKB dan dikelolakan oleh Malaysian Paintball Referee Organization (MPRO) melibatkan 22 peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2.
Kursus diadakan pada 22hb hingga 24hb Ogos bertempat di padang Paintball PKB dan bilik seminar ULPL PKB.
Banyak pendedahan telah diperolehi oleh semua peserta seperti pengenalan peralatan padang, keselamatan marker paintball, undang-undang dan peraturan serta pengendalian dan penganjuran kejohanan paintball.
Mengakhiri kursus ini semua peserta diberi tanggungjawab mengendalikan Kejohanan Paintball Tertutup PKB 2019 sebagai ujian pengendalian di padang.

Penceramah MPRO, En Muhsin din Mohamed berkata, peserta kali ini banyak peningkatan dan beliau percaya sekiranya mereka aktif dalam sistem kepengadilan mereka dapat pergi jauh ke tahap yang lebih tinggi seperti perinkat Kebangsaan, Asia dan Antarabangsa.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB, Pn Bazlina bt Bakri.