Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, March 28, 2022

Penyertaan Team Paintball PKB di Kejohanan Piala Menteri Besar Kelantan

 

Cenderahati Kerjasama Penganjuran


Lawatan Timb Exco Sukan Negeri Kelantan



Taklimat oleh KJSKK




Kejohanan kali ini PKB hanya berjaya di kedudukan ke 3 kumpulan 


Latihan di PKB, kesemua atlit adalah pelajar baharu yang ditawarkan semasa taklimat MSK, kejohanan ini adalah pendedahan awal kepada mereka yang baru mengenali peralatan paintball. Diharap mereka akan lebih berjaya di lain kejohanan.













Wednesday, March 9, 2022

GOTONG ROYONG JSKK

             9 MAC 2022, Gotong - royong Mega EKSA PKB Bil.1/2022 telah diadakan. JSKK juga tidak ketinggalan dalam gotong royong tersebut.








sebelum

selepas


Thursday, March 3, 2022

FLAG OFF CSR RELASIS POLITEKNIK KOTA BHARU KE KUALA BERANG, TERENGGANU

     3 Mac 2022, Telah berlangsung Majlis Flag Off CSR Relasis Politeknik Kota Bharu Ke Kuala Berang pagi tadi bertempat di Bangunan Blok Pentadbiran, PKB. Majlis penyerahan bendera kepada pasukan RELASIS PKB yang disertai oleh 6 orang Pegawai Bersekutu  dan 21 pelajar disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd  Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pegawai- pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Program ini yang akan membantu dalam gotong royong pasca banjir di Kuala Berang, Terengganu akan berada di sana daripada 3 hingga 5 Mac 2022.

#TogetherWeMakePKBNo1









Wednesday, March 2, 2022

BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM SIRI 1/2022

         2 MAC 2022, JSKK telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kokurikulum Siri 1/2022 kepada pensyarah - pensyarah yang mengajar subjek kokurikulum bagi sesi 2022. Seramai lebih kurang 55 orang pensyarah telah mengikuti bengkel tersebut yang dibuat secara atas talian.

      Diharapkan dengan perlaksanaan bengkel tersebut dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Ko-Ko.





Tuesday, March 1, 2022

UKJK ATLET BOLA TAMPAR

     

   1 MAC 2022, telah diadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) kepada atlet - atlet bola tampar PKB. UKJK diadakan adalah untuk memastikan atlet - atlet sentiasa cergas dan cerdas.