Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, May 24, 2022

LAPORAN KURSUS MARSHALL (REFEREE) PAINTBALL PKB PENGTAULIAHAN DARI MPRO

 Kelab Paintball PKB (Kelab Paintball Gerak Gempur Wira PKB- KP2GWPKB telah menganjurkan Kursus Marshall Paintball siri ke 6 dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB telah mendapat persetujuan Malaysia Paintball Referee Organization (MPRO).

3 orang Jurulatih yang diketuai oleh En Zul Aswan bin Khasim selaku Ketua Jurulatih Pengadil Paintball Malaysia telah datang ke PKB pada 19hb Mei 2022 hingga 21hb Mei 2022.

Kursus dijalankan secara 3 peringkat iaitu :

Peringkat 1: Teori dilaksanakan di Bilik Seminar 1, ULPL PKB-undang-undang paintball

Peringkat 2 : Amali dan pengenalan peralatan

Peringkat 3 : Pengendalian Kejohanan

Kesemua 20 orang pelajar yang menyertai Kursus kali ini telah lulus dengan cemerlang dan terpilih untuk dipanggil bertugas pada bulan jun nanti di Pulau Pinang.

Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh En Fathuddin Aizat bin Che Mohd Arif selaku Timbalan KJHEP PKB.

Anugerah 4 Bintang oleh Pejabat Pesuruh Jaya Sukan Malaysia kepada Kelab paintball PKB






Persediaan Padang



Teori - Undang-undang Paintball









Amali dan pengendalian kejohanan


Persegaran peserta dan penceramah

Alumni PKB - bekas pelajar dan Atlit Paintball PKB juga datang membantu dan memberi semangat kepada adik-adik pelajar PKB agar terus aktif-mereka telah membawa nama PKB sebagai Juara Paintball World Cup Asia 2018 di Langkawi (Mechanical Division)




Cenderahati kepada Penceramah (Jurulatih MPRO)

Peserta Terbaik


Penyampaian Sijil kepada peserta





PENARAFAN BINTANG BADAN SUKAN TAHUN 2021

ALHAMDULILLAH, KELAB PAINTBALL PKB satu-satunya kelab Paintball di Malaysia yang telah dianugerahkan  4 BINTANG oleh PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA.
Tahniah Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu.