Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, November 27, 2016

AWPKB menyertai MalPTAAC 11

Pada tahun 2016, Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia kali ke 11/2016
(MalPTAAC 11/2016) telah di adakah di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor.

Bertempat di PASIR GUDANG: Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Rejimen 501 Askar Wataniah menjalankan kem Latihan Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MaIPTAAC) Siri 11/2016 selama 14 hari yang bermula Ahad lalu hingga 20 November depan. Kem latihan disertai 644 peserta dari 17 Politeknik seluruh negara itu bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman peserta, selain keupayaan memperkukuhkan aspek disiplin diri serta kecekapan pengurusan secara berpasukan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendidikan Politeknik, Mohd Ghaus Ab Kadir, berkata program yang diperkenalkan sejak tahun 1999 itu dalam usaha melatih peserta memiliki ketahanan mental dan fizikal menerusi latihan ketenteraan, selain memenuhi keperluan kokurikulum.
Seramai 3 orang Pegawai dan 35 orang anggota AWPKB telah menyahut jemputan PIS dan hanya berjaya menjadi Johan dalam acara sukan iaitu Bola Tampar Wanita sahaja.
Untuk latihan fasa medan semua anggota telah mengharungi cabaran dengan penuh berdisiplin mengikut apa yang telah mereka belajar semasa latihan tempatan sebelum ini di bawah bimbingan Jurulatih Batalion Kedua, Rejimen 506 AW. 


Taklimat dari Pen Peg Memerintah BN.2 sebelum pergerakan ke MalPTAAC


 Pendaftaran Penginapan di Kamsis PIS

Anggota AWPKB

Tuesday, November 15, 2016

Gunong Stong Challenge 2016

Tanggal 7hb Nov 2016 dikala hujan turun renyai-renyai. Team USKK PKB telah menyahut cabaran untuk mendaki Gunong Stong yang ketinggian 1,422 m dari aras laut.
Pengarah Program Gunong Stong Challenge 2016 En Muhamad Anuar Seman merupakan pensyarah di Jabatan Perdagangan PKB yang juga Penolong Pegawai Kokurikulum USKK PKB telah membuat persediaan dengan membuka hebahan kepada pelajar PKB yang berminat setelah mereka selesai menghadapi peperiksaan akhir. Seramai 21 orang pelajar dan 9 orang pensyarah telah mendaftar untuk mengikuti pendakian ini.
Segala persediaan telah dibuat iaitu memohon kebenaran dengan Pejabat Hutan Jajahan Tanah Merah untuk dapat  Kebenaran dan Permit Masuk. Surat makluman kepada Balai Polis Dabong serta jurupandu yang bertauliah.
Walaupun laluan trek yang agak licin namum semua peserta cekal dan bersemangat hingga sampai ke puncak Stong. Tahniah kepada semua peserta.




Paintball TaHa@U Grand Final 2016

Pada 5hb Nov 2016 bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
8 team Paintball PKB yang terdiri dari PKB Dynamite Legion, PKB B (Kelulut Emas), PKB The Liars (Roxy Sniper), PKB Army Squad, PKB Red Barret, PKB Bro Redho, PKB Squad Venger dan PKB Wataniah Army telah menyahut cabaran dengan mewakili Zon Timur bersama-sama 10 team Zon Utara, 10 team Zon Tengah dan 10 team Zon Selatan.

Dalam pusingan pertama hanya 2 team sahaja dari PKB yang layak ke pusingan kedua  (16 pasukan) dan layak ke suku akhir, iaitu PKB Dynamite Legion dan PKB B (Kelulut Emas)
Keputusan tidak menyebelahi team paintball PKB kerana hanya mendapat tempat KETIGA (PKB-B Kelulut Emas) dan KELIMA (PKB Dynamite Legion).
Walaubagaimana pun kesemua pemain paintball PKB telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan mereka dapat mengambil pengalaman serta panduan untuk pertandingan akan datang.

                                          PKB - B (Kelulut Emas)

                                           Raikan kemenangan

                                              PKB Wataniah Army

                                                PKB Dynamite Legion
                                             PKB Squad Venger

                                                  PKB Army Squad

                                                         PKB Roxy Sniper

Banyak gambar2 boleh diambil dalam FB ( winter fly from above) yang dirakam oleh urusetia kejohanan.