09-11 Mac 2023- Campsite Pulau Rhu, Besut Terengganu.
18 Pelajar Kokurikulum Berkredit AW2 (MPU24711) di bantu oleh 7 AWPKB senior dengan kerjasama 23 Skn RAJD (AW) telah melaksanakan Kem Kokurikulum Berkredit MPU24711 di namakan Kem Taring Perwira.
Kem ini merangkumi silibus MPU24711 bagi penilaian mini projek dan tunjukcara selama 2 minggu iaitu fasa 1 di Politeknik Kota Bharu waktu Kokurikulum petang rabu dan fasa kedua di lokasi luar iaitu Campsite Pulau Rhu, Besut Terengganu.
Kem ini telah diurus selia oleh Pensyarah Kokurikulum AW2 iaitu Mejar Mohd Azri bin Abdul Ghani dan dibantu oleh En Azli Syam bin Awang (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB).
Persediaan Fasa 1 di Politeknik Kota Bharu
Ikhtiar hidup
Ilmu Medan Perang
Kawad Kaki
Gotong Royong cuci kawasan perkhemahan
Aktiviti Riadah
Pergerakan balik ke Politeknik Kota Bharu, bendahari membuat pembayaran kepada Cikgu Mad, Pengurus Campsite Pulau Rhu, Besut, Terengganu.
Kesimpulan Kem Taring Perwira ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan selesai proses penilaian Tunjuk Cara dan Mini Projek MPU24711 Kokurikulum Berkredit Askar Wataniah 2.
No comments:
Post a Comment