Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. AZMI BIN MAT RAIS (Pegawai Kokurikulum) 3. ARIF BIN AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum) 4. WEE SIEW PING (Ketua Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Wednesday, October 24, 2012

Program Khidmat Masyarakat


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNIT KOKURIKULUM PKB
Unit Kokurikulum PKB telah mengadakan aktiviti kesukarelawan di KG Gusai,Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang pada 18hb hingga 22 Oktober 2012. Ketika orang lain seronok menonton Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia, peserta program ini merentasi cabaran perjalanan yang jauh demi memberi sumbangan kepada masyarakat pendalaman negeri Pahang. Perjalanan bermula dari PKB ke Kuala Tahan menaiki bas PKB, dari Kuala Tahan peserta menaiki bot yang memuatkan seramai 13 penumpang selama 3 jam ke Kg Bantal. Dari Jeti Kg Bantal ke KG Gusai peserta terpaksa menaiki bot yang boleh memuatkan penumpang seramai 4 orang sahaja.  Aktiviti yang sangat berfaedah dan memberi banyak pengalaman kepada peserta seramai 25 yang terdiri daripada pelajar semester satu, dua, tiga, empat (L.I),lima dan semester  enam.5 kumpulan pelajar telah dibahagi kepada 5orang setiap kumpulan iaitu Kumpulan 1 (motivasi dibimbing oleh Kaunselor PKB  En Tiew Jim Mi dan Cik Nor Asma Mamat), Kumpulan 2 (Keceriaan dibimbing olehEn Mohd Azri And Ghani dan Pn Aniza Mat Nor -PA), Kumpulan 3 (Pendawaian A dibimbing oleh En Azlan Mohd Nor dan En Udom Ewon), Kumpulan 4 (Pendawaian B dibimbing oleh En Nik Tantawi Nik Yusof dan Mohd Hafizudin Ab Satar-Pelajar L.I) dan Kumpulan 5 (Makanan dan Sukaneka dibimbing oleh En Hasnizul Hasbullah dan Cik Nordalila Mohd Khali).Setiap  kumpulan memainkan peranan masing-masing iaitu kumpulan pendawaian A dan B akan ke rumah penduduk kampung untuk membetul dan membaiki sistem pendawaian rumah penduduk.Kumpulan keceriaan akan mengecat kawasan sekolah, kumpulan motivasi akan membimbing semua pelajar sekolah dengan aktiviti motivasi dan kumpulan makanan dan sukaneka akan bersama penduduk menyiapkan juadah dan sukaneka kepada penduduk kampung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Wan Zulkifly bin Wan Zakaria,Pengarah Bahagian Pembangunan & Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik. Menurut Pengarah Program Khidmat Masyarakat ini En Mohd Azri Abdul Ghani, dalam program ini juga kita telah membahagikan pakaian terpakai kepada penduduk,yang mana pakaian itu telah dipungut oleh peserta program daripada keluarga dan kawan-kawan mereka.Disamping menjadi sukarelawan membantu para penduduk Kg Gusai, para peserta sebenarnya telah memartabatkan lagi identiti dan fungsi politeknik di mata penduduk kerana ini kali pertama kg mereka didatangi oleh pelajar IPT untuk menyumbang bakti kepada kg mereka, bahawa politeknik bukan sahaja merupakan tempat pembelajaran berunsur akademik bahkan merupakan flatform dalam melahirkan para pelajar yang mempunyai semangat sukarelawan.Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama guru Sekolah Keb. Gusai, PIBG SK Gusai, Penghulu (Tok Empat) dan penduduk Kg Gusai serta Sokongan dari Unit Kokurikulum PKB, Persatuan Alumni PKB (PAPKB) dan Jabatan Pengajian Politeknik.


No comments:

Post a Comment