Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Friday, October 16, 2015

BACK TO BASIC LEADERSHIP PROGRAMME 2015



Program Back To Basic Leadership Programme 2015 merupakan program berkonsepkan pembentukan jati diri dan kepimpinan yang disertai oleh pelajar Semester 1, 2 dan 3 Unit Uniform di Politeknik Kota Bharu. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam membentuk personaliti, cara komunikasi, pengurusan dan kepimpinan. Di samping itu, program ini juga bertujuan melatih peserta supaya berkemahiran sebagai seorang pemimpin atau ketua platun yang mampu mengendalikan platun-platun dalam unit uniform.
Program ini telah memberi impak yang berkesan kepada pelajar sepanjang mengikuti program ini. Melalui aktiviti ini segala matlamat dan objektif telah tercapai dan ianya akan menjadi pemangkin kearah membentuk generasi baru yang mempunyai jati diri yang lebih utuh dan cemerlang. Program ini dijalankan bagi melahirkan barisan kepimpinan yang berkualiti dan cemerlang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kem kepimpinan yang melibatkan aktiviti lasak dan uji ketahanan diri, teambuilding dan latihan dalam kumpulan. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan tahap keyakinan dan jati diri mereka melalui pelbagai aktiviti kepimpinan dan ketahanan fizikal dan mental. Secara tidak langsung, program ini dapat melatih pelajar dengan kelengkapan ciri-ciri kepimpinan yang berhemah melalui semangat kerja berpasukan dan ketahanan diri yang unggul. Selain itu, elemen kerohanian dan perkongsian minda melalui slot ceramah dan latihan dalam kumpulan turut dijalankan.


           Diadakan seperti berikut:
a.      Tarikh: 17,18,19/9/2015
b.      Hari    : Khamis, Jumaat, Sabtu
c.       Program: Back To Basic Leadership Programme
d.    Lokasi : Petera Valley Resort & Training Centre, Tanah Merah, Kelantan.
e.    Peserta : 40 orang pelajar terdiri daripada RELASIS,PISPA dan ASKAR WATANIAH










Laporan oleh Pengarah Program
Pn. Wee Siew Ping  






Saturday, October 3, 2015

Kursus Asas Pasukan Institusi Pertahanan PKB kali ke 3 sesi Jun 2015

3 Oktober 2015- Kursus Asas Pasukan Institusi Pertahanan PKB kali ke 3
Kursus ini dijalankan di PKB mulai 1hb hingga 3hb Oktober 2015. Pengarah Program Kursus ini  Kapten Bersekutu (PA) Zeham bin Mustapha telah berjaya menarik minat 39 pelajar semester satu untuk mengikuti kursus asas ini dan dapat menyerapkan pelajar yang mengikuti Kursus Asas Pispa ini ke saluran dua kokurikulum semester hadapan. Selama tiga hari peserta berkampung di PKB untuk mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Jurulatih Pertahanan Awam Daerah Machang dengan dibantu oleh AJK Pispa PKB. Majlis Penutup telah dihadiri oleh Pegawai Bersekutu Pispa PKB termasuk Komandan Pispa PKB Mejar Bersekutu (PA) Hj. Azahan bin Hj Daud, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB. Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Lt. Kol (PA) Zainuddin bin Hussin, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kelantan bertempat di Dewan Kuliah 2 PKB.












Laporan oleh
Kapten Bersekutu (PA) Ruzila bt Mat Ghani
Timbalan Pengarah Program Kursus Asas Pispa kali ke 3

Pertandingan Kawad Kaki antara badan beruniform PKB 2015

30 September 2015- Pertandingan Kawad Kaki antara badan beruniform PKB
Telah disertai oleh 17 Platun daripada tiga unit beruniform iaitu Relasis/Pispa/Askar Wataniah bagi pelajar semester satu DRB 1010,DRB 1050 & DRB 1090.
Pertandingan ini diadakan di Padang Kawad Politeknik Kota Bharu. Pengadil luar dijemput khas bagi menghakimi pertandingan kawad ini iaitu daripada Batalion Kedua Rejimen 506 Askar Wataniah, Rela Kelantan dan JPAM Kelantan.

2 Kategori dipertandingan iaitu Ketua Perbarisan Terbaik disandang oleh Ketua Platun Echo Askar Wataniah, manakala Platun Keseluruhan Terbaik jatuh kepada Platun Foxstrot Askar Wataniah dibawah pimpinan En Zahidi Hibadullah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.  Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB Mejar Bersekutu (PA) Hj. Azahan bin Hj. Daud merangkap Komandan PISPA PKB.









Thursday, October 1, 2015

Bakti Siswa PKB (Baksis)

Program yang berpusatkan di Kem Sri Nipah Bachok dan Khidmat Komuniti di Kg Renggas Munik Changgung Bachok melibatkan peserta dikalangan pelajar PKB yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajar Unit Sukan , Kokurikulum & Kebudayaan PKB.


Antara aktuiviti yang dilaksanakan ialah Pendawaian, perparitan, gotong royong,LDK, team building, survival dan perbentangan setiap kumpulan.Program anjuran bersama USKK dan Jabatan kejuruteraan Elektrik PKB. Hadir bersama dalam program ini KJ JKE Hj Zainudin Omar dan Timbalan Pengarah Akademik PKB En Kamaludin bin Daud.