Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. AZMI BIN MAT RAIS (Pegawai Kokurikulum) 3. ARIF BIN AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum) 4. WEE SIEW PING (Ketua Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, June 29, 2015

Program Taman Botani PKB



Program Taman Botani PKB merupakan satu program melestarikan alam sekitar di kawasan kampus PKB. Program ini dilakukan di atas kesedaran yang tinggi terhadap perubahan iklim dan isu pemanasan global yang semakin mengancam persekitaran. 
 
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar DKA 5C. Program ini  bertujuan untuk mewujudkan taman botani yang melambangkan kelestraian alam dan pusat free carbon PKB. 

 Program ini dapat mewujudkan persekitaran yang baik dengan sistem springler dapat memudahkan tanaman disiram secara menyeluruh setiap hari hanya dengan membuka satu paip sahaja. Ini dapat mengurangkan jejak karbon yang dilihat menjadi punca kepada pemanasan global dan fenomena hujan asid dengan membersihkan kawasan yang terjejas di samping memberi pendedahan luar kepada pelajar-pelajar tentang persekitaran dan hubungan kemasyarakatan.
Tarikh Program:   18/3/2015
Lokasi : Taman sebelah Unit Kokurikulum, PKB
Program sebegini perlu diadakan untuk menerapkan ilmu sahsiah dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar melalui pendedahan secara terus kepada dunia luar. Ia secara tidak langsung akan dapat memenuhi keperluan KPI Politeknik secara umumnya dan KPI Jabatan Kejuruteraan Awam, PKB khasnya. 




  En Kamaludin bin Daud (TPA) merasmikan Program Botani dengan menanam pokok Herba.












Pengarah Program Pn Mahanon Muhammad menanam pokok

peserta sedang menanam pokok


Laporan oleh:
Mahanon binti Muhammad
(Unit Kokurikulum PKB)


No comments:

Post a Comment