Pengurusan Kokurikulum PKB

1. PPjR UDOM a/l EWON (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. AZMI BIN MAT RAIS (Pegawai Kokurikulum) 3. ARIF BIN AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum) 4. WEE SIEW PING (Ketua Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan untuk pelajar semester DUA.. dan Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 2 dan Kelab Persatuan di semester 3 (berkredit) Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 Unit Uniform semester 2 dan 3 ( berkredit) Unit Uniform semester 4 hingga 6 (sokongan pangkat) Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2 Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, June 29, 2015

Pertandingan Memanah Tradisional, Politeknik Kota Bharu (PKB).


Kelab Memanah (DRS213)  sesi Disember 2014 telah berjaya menganjurkan Pertandingan Memanah Tradisional, Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah berlangsung pada :

            Tarikh : 28hb. Mac 2015 (Sabtu)
            Masa   : 8.00 pagi – 5.00 petang
            Tempat : Bilik Seminar ULPL 2 & Padang Ragbi, PKB.

Program ini yang melibatkan kesemua ahli
Kelab Memanah (DRS213) telah dimulai dengan kursus pendek disebelah paginya yang telah disampaikan oleh Encik Harith@Abdul Nasir Bin Kamarul Jamal. Beliau merupakan Pengasas@Pengurus Pusat Memanah Kok Lanas yang juga merangkap Setiausaha Kehormat Kelab Memanah Sunnah Kelantan. Manakala disebelah petangnya pula, pertandingan telah dijalankan.

 Memanah memerlukan tumpuan agar busur menuju sasaran dengan tepat

Penasihat Kelab memanah PKB En Mohd Fadly Abdullah menunjukkan kemahiran memanah.

Laporan oleh:
Mohd Fadly bin Abdullah
(Unit Kokurikulum PKB)

No comments:

Post a Comment