Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Thursday, June 26, 2014

PKB Merangkul Tempat Ke-3 Pertandingan Wau Bercahaya Di Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014





Pesta Wau Antarbangsa kali ke-32 telah berlangsung di Pantai Geting Tumpat, bermula 28 Mei 2014. Sebanyak 42 peserta antarabangsa dari 18 buah negara termasuk Australia, Belgium, China, England, Itali, New Zealand dan Sweden di samping 180 peserta kebangsaan. Terdapat 22 acara pertandingan dipertandingkan sepanjang empat hari pesta berlangsung selain turut menganjurkan bengkel membuat wau kepada pelajar sekolah menengah. 

PKB telah menghantar 3 penyertaan Kategori Wau Bercahaya sempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 yang berlangsung 30 Mei 2014 melalui pelajar AR201 (kelab wau) yang diketuai oleh En. Chung Boon Chuan. Daripada 3 penyertaan, PKB telah berjaya mendapat tempat Ke-3 bagi 2 Kategori Terbuka iaitu Wau Bercahaya Paling Terbaik dan Wau Paling Terang. Kategori bagi Pesta Wau Bercahaya Antarabangsa yang berlangsung pada malam tersebut membabitkan penyertaan daripada pelbagai agensi seperti hotel, institusi pengajian tinggi, agensi pelancongan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peserta antarabangsa. Sebanyak 75 penyertaan yang telah diterima bagi kategori Wau Bercahaya Terbuka.

Kem Kepimpinan Kokurikulum

Kursus Kepimpinan kepada Bakal Pengerusi Kelab/Persatuan untu sesi Jun 2014.
35 peserta telah dilatih dengan Prinsip Seorang pemimpin,jati Diri, LDK dan perbentangan individu bagi menilai tahap keyakinan diri peserta. Program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, En Kamaludin bin Daud.Dilaksanakan pada 25-27/04/2014 bertempat di D'Lagoon, Pulau Perhentian Terengganu.

Monday, March 31, 2014

PERJUMPAAN ANGGOTA ASKAR WATANIAH PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dimaklumkan satu perjumpaan akan diadakan kepada semua anggota sukarela Askar Wataniah PKB seperti berikut:

Tarikh: 01/04/2014 (selasa)
Masa : 1700
Lokasi: Pusat Pelajar PKB

Kehadiran Wajib kepada : Anggota baru bagi pengesahan mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2014 pada 04/05-03/06/2014 dan Wajib kepada anggota lama yang akan mengikuti kursus KADAR di Rej. 501 AW kem Tebrau, Johor pada 29/04-28/05/2014. sekian, terima kasih

Wednesday, February 19, 2014

Nombor Tentera anggota baru pelajar PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sukacita dimaklumkan proses permohonan nombor tentera bagi pelajar baru PKB telah pun berjaya. Pelajar boleh dapatkannya di Unit Kokurikulum PKB. Sekian, TQ Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani

Wednesday, December 25, 2013

AKTIVITI TERKINI UNIT KOKURIKULUM

Aktiviti 3. KEJOHANAN PAINTBALL AR201 ..... Tarikh: 07-27/01/14 .... Terbuka : Semua Kelab/Persatuan/Unit Uniform AR201 Sahaja .... Lokasi: Pusat Kokurikulum PKB ...... Pengerusi Kelab/Persatuan boleh dapatkan borang permohonan di unit Kokurikulum

AKTIVITI TERKINI UNIT KOKURIKULUM

Aktiviti 2.... CERAMAH & DEMONSTRASI PERTOLONGAN CEMAS AR101 .............. Tarikh: 31/12/13 (SElasa)..................... Masa : 3.00 ptg -5.00 ptg....................... Lokasi: Dataran Gemilang PKB........................ Semua Pelajar Semester 1 diwajibkan hadir.

AKTIVITI TERKINI UNIT KOKURIKULUM

Aktiviti 1. PROGRAM DERMA DARAH HUSM............. Tarikh: 31/12/13 (SElasa).............. Masa : 9.00 pagi-4.30 ptg............. Lokasi: Pusat Pelajar PKB............. Semua pelajar dialu alukan menderma DARAH

Sunday, December 8, 2013

Kertas Kerja Aktiviti AR101/AR201 sesi Dis 2013

Salam Sejahtera Perhatian kepada semua Pengerusi Kelab/Persatuan AR201 dan Wakil Kelas AR101. Sila hantar Kertas Kerja mohon peruntukan bagi menjalankan aktiviti Kelab/Persatuan/Kelas. Sebarang pertanyaan boleh rujuk Unit Kokurikulum. Sila berbincang dengan Pensyarah Modul anda (AR101/AR201) bagi melancarkan proses tersebut. Tarikh akhir Kertas Kerja perlu dihantar sebelum 02.01.2014 sekian,harap maklum

Kelas AR101 pada 10.12.13

Kelas AR101 pada hari selasa 10.12.13 dibatalkan kerana semua pelajar semester satu wajib ikuti Kursus Penggunaan Kalkulator anjuran Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK). Harap maklum

Wednesday, November 27, 2013

Askar Wataniah PKB Naib Johan MalPTAAC VII 2013

Malaysian Polytechnic Territorial Annual Camp (MalPTAAC) atau di kenali Khemah Tahunan Askar Wataniah Politeknik SeMalaysia kali ke 8 telah diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang (PSP) bermula pada 06 Nov hingga 20 Nov 2013. Aktiviti yang hadiri oleh 11 buah politeknik iaitu PSP,PUO,POLIMAS,PSAS,PKB,PMS,PMM,PIS,PSMZA,POLISAS dan PPD. Sepanjang 15 hari berkampung di PSP telah didedahkan dengan pertandingan Kawad Kaki, menembak, Latihan Medan dan karnival Sukan bola tampar, futsal,bolajaring. Dalam pertandingan Kawad Kaki kontijen PKB berjaya menjadi Naib Johan.Majlis Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh Tn Hj Kamaruddin bin Hamzah (TKPO) dan Penutup oleh Brig Jen Datuk Mahadi bin Abdul (APPS). Kontijen PKB diwakili oleh 3 x Peg dan 32 x LLP. Tahniah diucapkan.