Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Wednesday, October 26, 2016

Penyertaan Team Paintball PKB dalam Kejohanan OFV sempena HSN 2016 Penang

Team Paintball PKB telah menghantar 3 pasukan bagi Kejohanan Terbuka OFV-HSN 2016 di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang.
Kejohanan berlansung pada 8 Okt 2016 yang disertai oleh kebanyakkan team-team tersohor yang pernah menyertai kejohanan di peringkat tinggi sseperti World Cup Asia dan sebagainya.
Dalam 3 team PKB iaitu Team PKB Roxy Sniper, Team PKB Kelulut Emas dan Team PKB Dynamite Legion, hanya PKB Dynamite Legion sahaja layak ke pusingan seterusnya dan mendapat Naib Johan Silver Division.

 PKB Dynamite Legion- Azly/Luqman/Syazwan A/Syazwan Z/Azwa/Haris/Amin

 PKB Kelulut Emas-Shahril/Amirul/Azharul/Afif/Firdaus/Aiman/Zawawi

PKB Roxy Sniper- Hana/Era/Ayu/Ain/Nad/Dik Qa/Harni

Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS)

USKK telah menganjurkan Kursus Asas TTS kepada pelajar PKB yang berminat. Seramai 120 orang pelajar dari pelbagai semester datang mengikuti Kursus TTS ini yang telah mendapat kerjasama dari Jurulatih Kor Polis Tentera Diraja yang dijemput dari Kem Desa Pahlawan.
Kursus ini diadakan pada 12 Oktober 2016






Thursday, September 1, 2016

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 59 PADA TAHUN 2016

Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) PKB telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan di Peringkat PKB serta menyertai program kemerdekaan Peringkat Negeri iaitu:

1. 16 Ogos 2016 Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu. Disertai oleh pelajar anggota sukarela Askar Wataniah PKB.


2. 24 Ogos 2016 Pelancaran Kibar jalur Gemilang peringkat Politeknik Kota Bharu bertempat di Dataran Gemilang PKB yang disertai oleh 2000 pelajar dan kakitangan PKB. Majlis dirasmikan oleh Mejar (K) Hj Noor Azahan bin Othman, Pengarah Politeknik Kota Bharu.




3. 31 Ogos 2016 Acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan bertempat di Padang Majlis Daerah Ketereh, Kelantan yang disertai oleh pelajar anggota sukarela RELASIS PKB.



4. 16 Sept 2016 Sambutan Hari Malaysia 2016 Peringakat Negeri Kelantan akan diadakan nanti bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu. Disertai oleh pelajar anggota sukarela PISPA PKB

Paintaball TaHa@U Zon Timur 2016





Team Paintball PKB diraikan dengan Jamuan Pulut Durian atas kejayaan Menjuarai Paintball TaHa@U Zon Timur 2016. Ini adalah Kejuaraan kali kedua setelah menjuarainya pada tahun lepas 2015.

Wednesday, June 8, 2016

Seni Warisan Budaya & Kelestarian Alam

Pada 15-17 Mei 2016
Pulau Perhentian, Terengganu

Disertai oleh 32 pelajar dari kalangan yg aktif dgn Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) Politeknik Kota Bharu terdiri dari pelajar Relasis, Pispa, Askar Wataniah, Sukan Paintball & Kebudayaan (tarian) serta 8 Pegawai dari USKK PKB.
 Tukun tiruan replika penyu sebagai simbolik haiwan laut yg terkenal di Malaysia terutama Negeri Terengganu.
Idea merekabentuk seekor penyu dicetuskan oleh Ketua Unit Sukan, Kokurikukum & Kebudayaan PKB (KUSKK) En. Udom a/l Ewon.
Projek ini mengambil masa sebulan iaitu dilaksanakan oleh pelajar dengan dibantu oleh pensyarah kokurikulum diketuai oleh mantan TPA PKB En Kamaludin bin Daud.
Material yg digunakan ialah...
1. peringkat permulaannya membuat acuan iaitu dengan menggunakan tanah.
Pelajar merekabentuk acuan seekor penyu belimbing dengan tanah.
(Ambil masa seminggu utk acuan betul2 keras).
2. Lilitan dawai di pasang disegenap tubuh penyu.
3. Jaring keluli di pasang pada keseluruhan tubuh penyu.
4. Simen digaul dengan pasir halus  & dilumurkan di seluruh badan penyu.
5. Merekabentuk lengkuk kulit penyu.
(Mengambil masa seminggu utk simen keras)
- membuang semua tanah (acuan) pd badan penyu.
6. Cat putih lapisan pertama.
7. Cat warna hitam
8. Cat putih untuk bintik2 pd badan penyu.
9. Mereka bentuk kerangka (stand) menggunakan paip pvc berkualiti..setiap sambungan dipasang skru agar tahan lama mengelakkan dari tercabut sekiranya terkena arus ombak.
Proses ini memakan masa seminggu -ilmu pelajar kejuruteraan awam.
10. Membuat besi pacang untuk ditusukkan kedalam pasir agar kerangka dan penyu tidak bergerak - pelajar kejuruteraan mekanikal menggunakan kemahiran kimpalan arka.


Pelancaran pertama oleh Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman, Pengarah PKB pada 14 Mei 2016 di PKB.


Tanggal 15 Mei..replika penyu di bawa ke Pulau Perhentian. Pelancaran telah disempurnakan oleh YBM Tg Zaihan bin Che Ku Abd Rahman, Adun Besut. Penyu diturunkan oleh YBM bersama peserta program di Jeti Taman Laut P.Perhentian.


Tentatif
1. Pelancaran tukun tiruan replika penyu belimbing di Jeti Tmn Laut. (Disempurnakan oleh YBM Tg Zaihan bin Che Ku Abd Rahman-Adun Besut).
Turut hadir En Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Bhg Pembangunan Pelajar (BPPEL),
Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia.

2. Komunikasi dlm B.I-pelajar dibahagi kpd beberapa kump. dan mereka akn bergerak mencari pelancong asing utk menjadi fasilitator-mereka akn menerangkan seni warisan budaya Malaysia. Pelajar mengedarkan flyes program kpd pelancong agar hadir ke cocohut resort utk melihat persembahan kebudayaan yg akn di persembahkan oleh pelajar.

3. Persembahan kebudayaan-pencak silat, dikir barat & tarian asyik.
 Bahan:
1. Tanah, air, besi dawai, jaring keluli, simen, pasir, cat, paip pvc.
Kos dalam RM300.
Teknik pembuatan simen fero.
Tukun tiruan replika penyu akn jadi tarikan pelancong di p.perhentian.
Bagi persembahan kebudayaan- telah mendapat sambutan hangat di kalangan pelancong asing.





Thursday, February 11, 2016

Program Pemantapan Ketua Platun Unit Uniform Semester 1 PKB

 Telah diadakan di Tasik Pergau bermula 28-30 Jan 2016 disertai oleh semua Ketua Platun Unit Uniform semester 1 dari Askar Wataniah, Pispa & Relasis.




Majlis Pemakaian Pangkat Relasis dan Kadet Pispa PKB

Dilaksanakan di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu pada 27 Januari 2016.





Saturday, January 23, 2016

MAJLIS PERPISAHAN KOMANDAN RELASIS PKB

Majlis Perpisahan Komandan Relasis PKB telah diadakan pada 16 Jan 2016 bertempat di Foyer Bangunan Pentadbiran PKB.
Acara bermula dengan perbarisan masuk oleh 3 kontijen Unit Uniform PKB iaitu Relasis,Pispa dan Askar Wataniah.
Ketibaan Komandan Relasis PKB, PPjKR (Bersekutu) Kamaludin bin Daud yang juga mantan Timbalan Pengarah Akademik PKB yang telah bertukar ke Politeknik Jeli di iringi oleh Timbalan Komandan Relasis PKB, PPjR (Bersekutu) Udom a/l Ewon dan disambut oleh Komandan PISPA PKB, Mejar Bersekutu (PA) Hj Azahan bin Hj Daud yang juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB dan Pegawai Kokurikulum PKB, Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani.
Acara diteruskan dengan ketua perbarisan memberi tabik hormat kepada Tn. Kamaludin dan pemeriksaan barisan. Majlis penyerahan kerja daripada Komandan kepada Timbalan Komandan telah dilaksanakan dengan jayanya.




KEM KEPIMPINAN & TEAMBUILDING AJK USKK 2016

TARIKH: 3 HINGGA 5 DISEMBER 2015
TEMPAT; TASIK KENYIR,TERENGGANU
ANJURAN: UNIT SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN PKB

MOTO: TOWARDS EXCELLENT LEADERSHIP
OBJEKTIF:
·       Membentuk keyakinan diri dan membina jati diri peserta sebagai pemimpin.
·       Meningkatkan tahap disiplin kepada pemimpin pelajar PKB.
·       Memberikajn pendedahan dan pengalaman tentang ilmu pengendalian program dan teknik ikhtiar hidup.
·       Membentuk semangat kerjasama dalam satu organisasi.

AKTIVITI:
·       LDK/Teambuilding, Survival program,Camping, Explorace, Organization Management,Motivation Slot

IMPAK:
·       Jawatankuasa pelajar USKK dan staf USKK dapat mengeratkan silaturahim dan saling mengenali satu sama lain untuk membentuk semangat kerjasama yang jitu dan harmoni dalam satu organisasi.
·       Merangka pelbagai program bagi Tahun 2016 dengan lebih sistematik

SINOPSIS PROGRAM:
Program berkonsepkan teambuilding ini adalah julung-julung kali diadakan dengan gabungan staf USKK dan jawatankuasa USKK setelah ketiga-tiga unit iaitu Unit Sukan, Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan bergabung.   Penglibatan peserta dan jawatankuasa program adalah di kalangan para pelajar yang akan menerajui jawatankuasa pelajar USKK tahun 2016 dan staf USKK. Program ini turut melibatkan ketua-ketua platun unit uniform RELASIS, PISPA dan WATANIAH PKB.  Pelbagai aktiviti survival, kerohanian dan motivasi diadakan untuk memberi pelbagai pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari aspek kepimpinan, personaliti diri dan kerja berpasukan.  Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf USKK dengan pelbagai aktiviti yang diadakan  demi menaikkan lagi nama PKB

Tuesday, January 5, 2016

Malaysia Polytechnic International Voluntary Program

19-22/11/2015 seramai 15 pelajar yang terdiri daripada pemimpin Unit Beruniform PKB bersama 4 orang Pensyarah USKK PKB telah menyertai Program Khidmat sosial menservis penapis tangki air yang telah dipasang oleh YES! Politeknik Malaysia 2011. Lokasi program ialah di Kg Chroy Metrey, Phnom Penh Kemboja.
Program kali ini juga meliputi kajian air bersih, penggunaan solar untuk pam air dan aktiviti kokurikulum bersama wakil pelajar CIC -(Cambodia Islamic Center)