Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, September 8, 2015

Jamboree Unit Beruniform 2015


Program Jamboree Badan Beruniform PKB 2015 dianjurkan oleh Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB pada 06-08 hb. ogos 2015 merangkumi banyak aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar. Aktiviti yang dilakukan seperti perkhemahan, kawad kaki, jalan lasak, explorace, burung hantu, paintball (target shooting), malam kebudayaan dan pelbagai lagi aktiviti yang  disertai oleh pelajar badan beruniform semester 1 seramai 100 orang yang dikendaklikan oleh  Jawatankuasa Pelajar USKK. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu Tn. Hj Noor Azahan bin Othman pada 30 Julai 2015. Tujuan program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta badab beruniform PKB tentang aspek perkhemahan dan survival secara menyeluruh. Selain itu dapt memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pada setiap peserta.

Keputusan aktiviti-ativiti yang dianjurkan
A. Kawad Kaki - Johan ( Askar Wataniah ), N.Johan ( Pispa ), Ke3 ( Relasis )
B. Jalan lasak - Johan (Relasis), N.Johan (Askar Wataniah ), Ke3 (Pispa)
C. Paintball Target Shooting - Johan ( Relasis ), N.Johan ( Pispa ), Ke3 (Askar Wataniah)                           D. Persembahan Kebudayaan - Johan (Relasis), N.Johan (Askar Wataniah ), Ke3 (Pispa)Johan Johan Kesuluruhan : Askar Wataniah .  N.johan Keseluruhan : Relasis. Ke3 Keseluruhan : Pispa

 Perasmian oleh  Pengarah PKB

Pasang Khemah
                                        Kawad kaki


 Penyampaian Hadiah kepada Pemenang

Tuesday, June 30, 2015

KURSUS ASAS MENDAKI GUNUNG STONG, JELAWANG, DABONG KELANTAN.



KURSUS ASAS MENDAKI GUNUNG STONG anjuran Kelab Askar Wataniah dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang.Tamatnya kursus ini dapat membuktikan bahawa mereka mampu menyahut cabaran serta mempunyai keyakinan dalam diri dengan jayanya.
Tempat: GUNUNG STONG, JELAWANG , KELANTAN
Tarikh: 26HB. – 28HB. APRIL 2015  
Peserta: 34 Pelajar Kokurikulum Saluran 2 DRB 2011 Askar Wataniah
  Perjalanan Program ialah bermula ;
26 hb menaiki Baha Basecamp, persediaan memasang khemah dan aktiviti LDK.
27hb mendaki ke puncak Stong dan aktiviti LDK di Puncak Stong. Turun ke Basecamp
28hb perbentangan kumpulan dan turun melalui resort dan kembali ke PKB.
Program ini telah disertai oleh Ketua Unit Kokurikulum PKB, En Udom a/l Ewon dan Timbalan Pengarah Akademik PKB, En Kamaludin bin Daud yang banyak memberi semangat kepada semua peserta.




Program Taman Botani PKB



Program Taman Botani PKB merupakan satu program melestarikan alam sekitar di kawasan kampus PKB. Program ini dilakukan di atas kesedaran yang tinggi terhadap perubahan iklim dan isu pemanasan global yang semakin mengancam persekitaran. 
 
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar DKA 5C. Program ini  bertujuan untuk mewujudkan taman botani yang melambangkan kelestraian alam dan pusat free carbon PKB. 

 Program ini dapat mewujudkan persekitaran yang baik dengan sistem springler dapat memudahkan tanaman disiram secara menyeluruh setiap hari hanya dengan membuka satu paip sahaja. Ini dapat mengurangkan jejak karbon yang dilihat menjadi punca kepada pemanasan global dan fenomena hujan asid dengan membersihkan kawasan yang terjejas di samping memberi pendedahan luar kepada pelajar-pelajar tentang persekitaran dan hubungan kemasyarakatan.
Tarikh Program:   18/3/2015
Lokasi : Taman sebelah Unit Kokurikulum, PKB
Program sebegini perlu diadakan untuk menerapkan ilmu sahsiah dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar melalui pendedahan secara terus kepada dunia luar. Ia secara tidak langsung akan dapat memenuhi keperluan KPI Politeknik secara umumnya dan KPI Jabatan Kejuruteraan Awam, PKB khasnya. 




  En Kamaludin bin Daud (TPA) merasmikan Program Botani dengan menanam pokok Herba.












Pengarah Program Pn Mahanon Muhammad menanam pokok

peserta sedang menanam pokok


Laporan oleh:
Mahanon binti Muhammad
(Unit Kokurikulum PKB)


Pertandingan Memanah Tradisional, Politeknik Kota Bharu (PKB).


Kelab Memanah (DRS213)  sesi Disember 2014 telah berjaya menganjurkan Pertandingan Memanah Tradisional, Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah berlangsung pada :

            Tarikh : 28hb. Mac 2015 (Sabtu)
            Masa   : 8.00 pagi – 5.00 petang
            Tempat : Bilik Seminar ULPL 2 & Padang Ragbi, PKB.

Program ini yang melibatkan kesemua ahli
Kelab Memanah (DRS213) telah dimulai dengan kursus pendek disebelah paginya yang telah disampaikan oleh Encik Harith@Abdul Nasir Bin Kamarul Jamal. Beliau merupakan Pengasas@Pengurus Pusat Memanah Kok Lanas yang juga merangkap Setiausaha Kehormat Kelab Memanah Sunnah Kelantan. Manakala disebelah petangnya pula, pertandingan telah dijalankan.

 Memanah memerlukan tumpuan agar busur menuju sasaran dengan tepat

Penasihat Kelab memanah PKB En Mohd Fadly Abdullah menunjukkan kemahiran memanah.

Laporan oleh:
Mohd Fadly bin Abdullah
(Unit Kokurikulum PKB)