Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Wednesday, June 21, 2023

AKTIVITI MARI MENCUBA PAINTBALL (TARGET SHOOTING) SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

 16hb dan 17hb Jun 2023 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu, team Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu telah mendapat jemputan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk membuat aktiviti Mari Mencuba Paintball (Target Shooting).

BANNER AKTIVITI






PEMASANGAN JARING KESELAMATAN


PEMERIKSAAN OLEH PENGUASA PERLESENAN PDRM


LAWATAN OLEH YB TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN



PENGUNJUNG MENCUBA TARGET SHOOTING


LAWATAN OLEH MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA






Sunday, May 28, 2023

27 Mei 2023, Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu menganjurkan kejohanan MINI TOURNAMENT 3 VS 3 bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar PKB merasai dan mendapat pengalaman bertempur di dalam padang sempena minggu terakhir semester sesi 2: 2022/2023 yang mana pelajar akan menghadapi Peperiksaan Akhir tak lama lagi.

Taklimat Keselamatan kepada semua peserta 16 team



demonstrasi serta teknik menembak oleh Pengerusi Pelajar (Marshall MPRO)






4 Team yang Layak ke Separuh Akhir

Keseluruhan pertandingan ini berjaya dilaksanakan dengan baik oleh AJK pelajar Kelab Paintball Gerak Gempur Wira PKB (KP2GWPKB) dengan Kerjasama JSKK PKB.

 

Wednesday, May 24, 2023

PROGRAM KEUSAHAWANAN PAINTBALL SEMPENA TVET POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KELANTAN TERENGGANU

 

Lawatan oleh Ketua Kursus Kokurikulum JSKK PKB

Lawatan oleh Pengarah Kanan JPPKK

Bersama alumni paintball PKB
Ts Zainab menandatangani sijil lawatan ke khemah Target Shooting  PKB







Sunday, March 12, 2023

Kem Kokurikulum Berkredit Askar Wataniah 2 (MPU24711)

 09-11 Mac 2023- Campsite Pulau Rhu, Besut Terengganu.

18 Pelajar Kokurikulum Berkredit AW2 (MPU24711) di bantu oleh 7 AWPKB senior dengan kerjasama 23 Skn RAJD (AW) telah melaksanakan Kem Kokurikulum Berkredit MPU24711 di namakan Kem Taring Perwira.

Kem ini merangkumi silibus MPU24711 bagi penilaian mini projek dan tunjukcara selama 2 minggu iaitu fasa 1 di Politeknik Kota Bharu waktu Kokurikulum petang rabu dan fasa kedua di lokasi luar iaitu Campsite Pulau Rhu, Besut Terengganu.

Kem ini telah diurus selia oleh Pensyarah Kokurikulum AW2 iaitu Mejar Mohd Azri bin Abdul Ghani dan dibantu oleh En Azli Syam bin Awang (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB).






Persediaan Fasa 1 di Politeknik Kota Bharu










 Ikhtiar hidup






Ilmu Medan Perang




Kawad Kaki




Gotong Royong cuci kawasan perkhemahan







Aktiviti Riadah



Pergerakan balik ke Politeknik Kota Bharu, bendahari membuat pembayaran kepada Cikgu Mad, Pengurus Campsite Pulau Rhu, Besut, Terengganu.

Kesimpulan Kem Taring Perwira ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan selesai proses penilaian Tunjuk Cara dan Mini Projek MPU24711 Kokurikulum Berkredit Askar Wataniah 2.