Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Sunday, May 31, 2020

Pertandingan persahabatan Paintball Target Shooting AWPKB dan 2 Terup 23 Skn RAJD(AW)

Jumaat 13 Mac 2020,
Pertandingan persahabatan Paintball Target Shooting AWPKB dan 2 Terup 23 Skn RAJD (AW).
melibatkan 10 AWPKB dan 15 2Trp 23 Skn RAJD (AW).
2 kategori dipertandingan iaitu berkumpulan (2 orang setiap team) dan ketegori individu.
 Jadual dan undian
 Cara menembak target
 Faktor keselamatan marker paintball

Keseluruhan peserta 23Skn RAJD (AW)

Ahli kelab paintball PKB bantu baiki padang paintball PKB

Kerjasama dan usaha ahli kelab yang sudi hadir bantu untuk baiki kelengkapan padang paintball yang mana tiang dan jaring faktor utama dalam keselamatan sukan paintball.
Terima kasih kepada ahli kelab yang hadir membantu






Tuesday, March 3, 2020

KEJOHANAN PAINTBALL (LIGA TARGET SHOOTING) TERBUKA PKB

Rabu 26 Feb 2020, Kelab Paintball PKB dengan kerjasama JSKK dan Pengadil tauliah MPRO serta support Field Equipment Raskal Sports telah menganjurkan Paintball Target Shooting terbuka kepada semua pelajar PKB.
Kejohanan ini disertai oleh 12 team terdiri dari 4 orang setiap team.
6 team telah diundi kumpulan A dan 6 team kumpulan B.
Johan dan naib Johan kumpulan mara ke separuh akhir dan perlawanan akhir.
Pasukan yang menyertai kejohanan ini terdiri dari:


1.SAKA BIRU
2.THE IMPERIAL
3.GIRLS HUNTER
4.NEVER BE PRO
5.TRIGONO CACTUS
6.AYE GOLEX
7.VIUREX
8.SUICIDE SQUAD
9.BOOSTER
10.PREDATOR
11.ANONYMOUS
12.KUCING KURAP


Hadiah berupa Wang tunai, Hamper dan Medal.
Juara dipilih untuk mewakili PKB sekiranya ada kejohanan Target shooting jemputan luar.

Keputusan pertandingan:

Keempat : team Predator

Ketiga : team Sucide Squid

Naib Juara: Team Never B Pro

Juara: Team Viurex

Thursday, February 6, 2020

Kem Kepimpinan MPU24711 Askar Wataniah

Pada 30 Jan hingga 1 Feb 2020 Pelajar di bawah modul MPU24711 Askar Wataniah bagi modul kokurikulum berkredit telah melaksanakan aktiviti Kem Kepimpinan dan Jatidiri di Batalion Ke 5 Rejimen Renjer DiRaja, Kem Desa Pahlawan.
Seramai 44 pelajar telah menyertai kem ini yang mana telah didedahkan tentang ikhtiar hidup (WIRA HUTAN), kekuatan mental di waktu malam (WIRA MALAM) dan sumbangan pada masyarakat (WIRA MURNI) yang dilakukan di 2 Terup, 23 Skuadron RAJD (AW), Kem Desa Pahlawan.









Monday, January 20, 2020

PENYERTAAN PERTAMA PKB DI LIGA PAINTBALL R500 SPECIAL LIMITED EDITION 2020 MEMBANGGAKAN

Pada 17 & 18 Januari bertempat di Padang Paintball Sri Awana, Komplek Sukan Bandar Baru Bangi, Selangor,
Team Pelapis muda Paintball PKB yang berjaya melangkah ke separuh akhir dan berjaya mendapat tempat ketiga amat membanggakan kerana pemain team PKB TVET adalah pelajar semester dua dan tiga yang baru pertamakali bermain di padang paintball peringkat kebangsaan dan antarabangsa ini.

PKB menghangtar 2 team iaitu TEAM PKB ENGINEER menyertai kategogi Super Trio Division tewas di pusingan kedua oleh pasukan-pasukan yang mempunyai pemain-pemain Division .
Satu lagi TEAM PKB TVET yang menyertai kategori Gog Rookie Division berjaya mara ke separuh akhir dan mendapat tempat ketiga membawa pulang medal dan wang tunai RM200.

 Jadual Liga Paintball 2020
 Team PKB
 Doa dipohon
TEAM  PKB TVET
TEAM  PKB ENGINEER
 bersama alumni paintball PKB
 TEAM PKB TVET
Bersama pemain2 tersohor paintball Malaysia

Monday, September 23, 2019

TEAM PAINTBALL PKB MENDAPAT TEMPAT KETIGA GRANDFINAL EPS 2019 KUCHING INTERNATIONAL PAINTBALL OPEN


kUCHING SARAWAK 31 OGOS-1 SEPTEMBER 2019
TEAM PAINTBALL PKB telah menghantar seramai 10 pemain dan 1 pegawai yang telah mengharungi  Proshar EPS Finale Leg  bertempat di SMK St Thomas – Kuching 2019. Telah disertai oleh 68 pasukan dan Team PKB Berjaya mendapat tempat KETIGA dengan membawa pulang Sijil, Medal, Mok cek wang tunai RM1000.00 dan Trofi.












Ternyata PKB adalah IPT pertama di Malaysia yang diakui dalam Kejohanan Paintball peringkat Asia ini kerana sudah dikenali dalam kejohanan seperti ini.

Monday, August 26, 2019

KURSUS MARSHALL PAINTBALL TAHAP 1 & 2 MPRO 2019

PKB- sekali lagi Kelab Paintball PKB menganjurkan Kursus Marshall Paintball diurusetiakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PKB dan dikelolakan oleh Malaysian Paintball Referee Organization (MPRO) melibatkan 22 peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2.
Kursus diadakan pada 22hb hingga 24hb Ogos bertempat di padang Paintball PKB dan bilik seminar ULPL PKB.
Banyak pendedahan telah diperolehi oleh semua peserta seperti pengenalan peralatan padang, keselamatan marker paintball, undang-undang dan peraturan serta pengendalian dan penganjuran kejohanan paintball.
Mengakhiri kursus ini semua peserta diberi tanggungjawab mengendalikan Kejohanan Paintball Tertutup PKB 2019 sebagai ujian pengendalian di padang.

Penceramah MPRO, En Muhsin din Mohamed berkata, peserta kali ini banyak peningkatan dan beliau percaya sekiranya mereka aktif dalam sistem kepengadilan mereka dapat pergi jauh ke tahap yang lebih tinggi seperti perinkat Kebangsaan, Asia dan Antarabangsa.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB, Pn Bazlina bt Bakri.







Thursday, July 25, 2019

Penyertaan Team paintball PKB ke Kejohanan paintball Eclipse Paintball Series 2019 Leg 3


TEAM PAINTBALL PKB sekali lagi  membawa nama Politeknik Malaysia dalam arena sukan paintball ke peringkat International dengan menyertai  Balik Pulau International Open Paintball Tournament pada 13-14 julai 2019.

Setelah mengharungi saingan sengit PKB berjaya melangkah ke Separuh akhir dan tumpas. Walaubagaimanapun dalam penentuan kedudukan tempat ketiga dan keempat PKB berjaya menumpaskan tuan rumah PBPP Resistance dengan mata 2-1 dan berjaya mendapat tempat ketiga seterusnya membawa balik medal dan wang tunai sebanyak RM1000.00





Kemenangan ini menjadikanteam PKB lebih bersedia untuk mengharungi EPS GrandFinal di Kuching Sarawak pada 31 Ogos hingga 1 September 2019 sekiranya mendapat kelulusan dari Pengarah PKB.