Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, September 22, 2015

Semarak Merdeka PKB 2015 #sehatisejiwa

Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PKB telah diberi tanggungjawab menyahut seruan negara untuk melaksanakan Sambutan Kemerdekaan Negara ke 58 bagi tahun 2015.
Program bermula:
1. Paintball antara Platun unit beruniform (Relasis/Pispa/Askar Wataniah)
    Dilaksanakan pada 29/08/2015 di Padang Paintball PKB-Juara dari Platun Relasis





2. Perbarisan Kemerdekaan Malaysia peringkat negeri Kelantan
    Dilaksanakan pada 31/08/2015 di IKBN, Tangok, Bachok, Kelantan.
    Kontijen PKB disertai oleh 38 orang dari gabungan Relasis/Pispa/Wataniah dibawah pimpinan
    Pn  Muzimah Aida (JKE)




3 Gotong Royong Merdeka oleh Kelab Askar Wataniah
   Dilaksanakan pada 07/09/2015 di Sekitar kawasan PKB



4. Perasmian Semarak Merdeka #Sehatisejiwa
   Dilaksanakan pada 09/09/2015 di Dewan Jubli Perak, PKB
   Aktiviti: Perasmian oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB (En Kamaludin Daud)
                  dan Larian Jalur Gemilang melibatkan pelajar Kokurikulum semester 1-3
 Perarakan Bendera oleh gabungan unit beruniform PKB






5. Merdekarama
  Dilaksanakan pada 09/09/2015 di Dewan Jubli Perak, PKB jam 0900 malam
  Dikendalikan oleh Unit Kebudayaan PKB
   Aktiviti: Persembahan Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik-Hadiah disampaikan oleh KUSKK
   En  Udom a/l Ewon

 Antara Peserta yang mengambil bahagian

 Tetamu Jemputan
 
Juri Pertandingan Lagu Patriotik
 Penyampaian Hadiah

 6. Perbarisan Hari Malaysia
  Dilaksanakan pada 16/09/2015 di Stadium Sultan Muhammad ke iv Kota Bharu
   Kontijen PKB disertai oleh 38 orang dari gabungan Relasis/Pispa/Wataniah dibawah pimpinan
    Pn  Muzimah Aida (JKE), Pn Ruzila (JKM), En Junekh Eyat Eng Tian (JKE).

Tuesday, September 8, 2015

Jamboree Unit Beruniform 2015


Program Jamboree Badan Beruniform PKB 2015 dianjurkan oleh Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB pada 06-08 hb. ogos 2015 merangkumi banyak aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar. Aktiviti yang dilakukan seperti perkhemahan, kawad kaki, jalan lasak, explorace, burung hantu, paintball (target shooting), malam kebudayaan dan pelbagai lagi aktiviti yang  disertai oleh pelajar badan beruniform semester 1 seramai 100 orang yang dikendaklikan oleh  Jawatankuasa Pelajar USKK. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu Tn. Hj Noor Azahan bin Othman pada 30 Julai 2015. Tujuan program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta badab beruniform PKB tentang aspek perkhemahan dan survival secara menyeluruh. Selain itu dapt memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pada setiap peserta.

Keputusan aktiviti-ativiti yang dianjurkan
A. Kawad Kaki - Johan ( Askar Wataniah ), N.Johan ( Pispa ), Ke3 ( Relasis )
B. Jalan lasak - Johan (Relasis), N.Johan (Askar Wataniah ), Ke3 (Pispa)
C. Paintball Target Shooting - Johan ( Relasis ), N.Johan ( Pispa ), Ke3 (Askar Wataniah)                           D. Persembahan Kebudayaan - Johan (Relasis), N.Johan (Askar Wataniah ), Ke3 (Pispa)Johan Johan Kesuluruhan : Askar Wataniah .  N.johan Keseluruhan : Relasis. Ke3 Keseluruhan : Pispa

 Perasmian oleh  Pengarah PKB

Pasang Khemah
                                        Kawad kaki


 Penyampaian Hadiah kepada Pemenang

Tuesday, June 30, 2015

KURSUS ASAS MENDAKI GUNUNG STONG, JELAWANG, DABONG KELANTAN.



KURSUS ASAS MENDAKI GUNUNG STONG anjuran Kelab Askar Wataniah dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang.Tamatnya kursus ini dapat membuktikan bahawa mereka mampu menyahut cabaran serta mempunyai keyakinan dalam diri dengan jayanya.
Tempat: GUNUNG STONG, JELAWANG , KELANTAN
Tarikh: 26HB. – 28HB. APRIL 2015  
Peserta: 34 Pelajar Kokurikulum Saluran 2 DRB 2011 Askar Wataniah
  Perjalanan Program ialah bermula ;
26 hb menaiki Baha Basecamp, persediaan memasang khemah dan aktiviti LDK.
27hb mendaki ke puncak Stong dan aktiviti LDK di Puncak Stong. Turun ke Basecamp
28hb perbentangan kumpulan dan turun melalui resort dan kembali ke PKB.
Program ini telah disertai oleh Ketua Unit Kokurikulum PKB, En Udom a/l Ewon dan Timbalan Pengarah Akademik PKB, En Kamaludin bin Daud yang banyak memberi semangat kepada semua peserta.




Program Taman Botani PKB



Program Taman Botani PKB merupakan satu program melestarikan alam sekitar di kawasan kampus PKB. Program ini dilakukan di atas kesedaran yang tinggi terhadap perubahan iklim dan isu pemanasan global yang semakin mengancam persekitaran. 
 
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar DKA 5C. Program ini  bertujuan untuk mewujudkan taman botani yang melambangkan kelestraian alam dan pusat free carbon PKB. 

 Program ini dapat mewujudkan persekitaran yang baik dengan sistem springler dapat memudahkan tanaman disiram secara menyeluruh setiap hari hanya dengan membuka satu paip sahaja. Ini dapat mengurangkan jejak karbon yang dilihat menjadi punca kepada pemanasan global dan fenomena hujan asid dengan membersihkan kawasan yang terjejas di samping memberi pendedahan luar kepada pelajar-pelajar tentang persekitaran dan hubungan kemasyarakatan.
Tarikh Program:   18/3/2015
Lokasi : Taman sebelah Unit Kokurikulum, PKB
Program sebegini perlu diadakan untuk menerapkan ilmu sahsiah dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar melalui pendedahan secara terus kepada dunia luar. Ia secara tidak langsung akan dapat memenuhi keperluan KPI Politeknik secara umumnya dan KPI Jabatan Kejuruteraan Awam, PKB khasnya. 




  En Kamaludin bin Daud (TPA) merasmikan Program Botani dengan menanam pokok Herba.












Pengarah Program Pn Mahanon Muhammad menanam pokok

peserta sedang menanam pokok


Laporan oleh:
Mahanon binti Muhammad
(Unit Kokurikulum PKB)