Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Thursday, September 8, 2011

Kempen Derma Darah Mega Kali ke 4

Makluman kepada pensyarah AR201,

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Unit Transfusi Darah HPRZ II akan mengadakan Kempen Derma Darah Mega Kali ke 4 seperti berikut:
Tarikh : 13 September 2011 (Selasa)
Masa : 10.00 pg
Tempat : Dewan Jubli Perak
Oleh itu tuan/puan dijemput hadir pada majlis perasmian tersebut. 
sekian terima kasih

Pendaftaran Kelab AR201 untuk Sesi Disember 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pensyarah yang mengajar AR101 (polibriged), mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada pelajar kelas masing-masing untuk membuat pendaftaran Kelab AR201 untuk Sesi Disember 2011 secara online mulai 11/9/2011 sehingga 29/9/2011. Pendaftaran kelab ini adalah wajib kepada semua pelajar semester 1.
Sebarang masalah boleh datang ke unit kokurikulum bagi tujuan pendaftaran.

Sekian terima kasih


Juliana Md Jusoh
Pegawai Pendaftaran dan Rekod
Unit Kokurikulum

Sunday, August 14, 2011

Course Enterence Survey

Assalamualaikum dan selamat pagi..




Makluman kepada semua pensyarah yang mengajar AR201, memohon jasa baik tuan/puan untuk memaklumkan kepada pelajar kelab/persatuan/ unit uniform masing-masing untuk menjawab Course Enterence Survey di laman web PKB. Diharap semua pensyarah yang terlibat dapat memastikan semua pelajar AR201 dapat menjawab soalan Course Enterence Survey sebelum 7/09/2011 (Rabu).

Sekian terima kasih.

Juliana Md Jusoh

Pegawai Pendaftaran dan Rekod

Unit kokurikulum

budget AR201

Salam...




Kepada semua penasihat kokurikulum AR201 diminta menghantar kertas kerja untuk permohonan budjet sebelum 18 Ogos (khamis). Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan penyelaras aktiviti di unit kokurikulum



Harap maklum

Wednesday, July 20, 2011

Program Karnival Jom Sihat

Salam,

Semua warga AR201 PKB di jemput beramai - ramai ke Program Karnival Jom Sihat.
Maklumat lanjut seperti berikut;
Program - Karnival Jom Sihat
Anjuran - Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kok Lanas
Tarikh - 23/7/11
Masa - 8.00 – 5.00 ptg
Tempat - Perkarangan Sek Rendah Kebangsaan Kok Lanas
Aktiviti - Senamrobik Perdana
 - Pemeriksaan Kesihatan
 - Jantung
 - Kencing Manis
- Pemeriksaan Mata
Dr. Dari Klinik Pakar Mata HRPZII
 -  Saringan dan Pameran
 - Kanser payu Dara & Kanser Servik
oleh Unit Kesihatan Wanita HUSM
- Pameran Kesihatan
- Pameran AADK
- Derma Darah
Sekian. T.kasih

KU
Unit Kokurikulum

Wednesday, May 18, 2011

Laporan Aktiviti Jatidiri AR201 di Pulau Kapas pada 08-10 Mei 2011

Perasmian oleh Ustaz Wan Zulkifli
Aktiviti: Snokeling


Aktiviti: Pemasangan Khemah

Gambar kenangan peserta

 
Permulaan Jungle Treking

Sunday, April 17, 2011

Kem Jatidiri ar201 Harmony Camp Site, Pulau Kapas,Terengganu

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER DUA MODUL AR201 SESI DIS 2010
SESIAPA BERMINAT SILA DAFTARKAN DIRI ANDA DI UNIT KOKURIKULUM DENGAN SEGERA.
Diutamakan kepada pelajar yang mendapat HPNM 3.0 keatas semasa semester satu dan tiada carry modul
TARIKH PROGRAM IALAH: 08-10 Mei 2011
Tempat TERHAD, SIAPA CEPAT DIA LAYAK IKUT PROGRAM. Pelajar AR101 semester satu juga digalakkan memohon sekiranya anda mempunyai semangat untuk menjadi pemimpin kelab AR201 semester hadapan ( tidak mempunyai modul yang ditahan menduduki peperiksaan akhir).
Gambaran awal program
1. 8.30 pagi - Menaiki Bas dari PKB ke Jeti Marang
2. 12.30 t/hari- Menaiki Feri ke Pulau Kapas
3. Melaksanakan aktiviti bersama (Latihan Dalam Kumpulan)
4. Program Jatidiri-Survival, snorkeling, jungle treking,penggunaan kompas,
dan banyak lagi aktiviti lain.

Sila hantar borang  pendaftaran dan akujanji ke unit kokurikulum dengan segera.
Perjumpaan akan dibuat jam 2.30 ptg di unit kokurikulum pada hari khamis 28/04/11.
Sila tepati masa agar perjalanan program dapat berjalan dengan lancar.

Wednesday, March 9, 2011

"SURVIVAL CAMP" UNIT KOKURIKULUM PKB 2011

Laporan aktiviti
Ikhtiar Hidup untuk kembali, cari jalan pulang, makanan yang tiada,
peralatan yang serba kekurangan. Jadilah diri sendiri

Tempat : Dlagoon Pulau Perhentian, Terengganu
Tarikh : 31/03-02/04/2011
.
Telah disertai oleh 30 orang pelajar AR201 PKB yang layak dari segi:
Fizikal, mental, tiada penyakit dan sihat tubuh badan serta pelajar semester Dua AR201

Peserta berkerjasama memasang khemah tidur sepanjang kursus

Penerangan penggunaan kompas oleh Lt Mohd Azri Abd Ghani

Amali menghidupkan api menggunakan kayu dan batu

Ketua Unit Ko Kurikulum En Mohd Raime berjaya menghidupkan api

Gambar kenangan semua peserta "Survival Camp Ar201"

Aktiviti yang dijalankan ialah: Pemasangan khemah berbekalkan ponco askar, memasak sendiri menggunakan messtin, jungle treking, snorkeling, kompas dan ikhtiar hidup.
Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah hasil dari kerjasama semua peserta.
Kepada semua AJK dan peserta-Sijil Kursus boleh didapati di Unit Kokurikulum PKB
TQ

Tuesday, February 8, 2011

UJIAN AMALI ASKAR WATANIAH AR201

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ujian Amali AR201 untuk pelajar semester dua
Pasukan Askar Wataniah telah diadakan pada:
Tarikh: 11-12 Feb 2011
Tempat: Tasik Politeknik Kota Bharu
Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur mengikut perancangan pada kertas kerja. Persediaan telah di buat bermula hari selasa 08.02.11 pada waktu kokurikulum diadakan mesyuarat pembahagian tugas kepada semua pelajar AR201 Askar Wataniah.

Perasmian disempurnakan oleh Penyelaras Kelab Persatuan AR201 PKB En Udom a/l Ewon
Program ini dirancang bagi memantapkan kerjasama dan UJIAN AMALI AR201 iaitu Ujian Kawad Kaki, Kompas, Orientering,Ketahanan Fizikal pula menguji kesabaran anggota terpaksa berlari sejauh 7 km dari lokasi ke lokasi tertentu untuk mendapatkan bahan makanan serta peralatan ikhtiar hidup,ada checkpoint terpaksa merentasi tasik (basah la tu) dan pemasangan khemah serta Hammork. Disamping mendisiplinkan diri anggota, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan cara hidup sihat, berketrampilan dan personaliti diri yang positif serta memenuhi misi politeknik amnya.

Sekian.

Thursday, January 20, 2011

KEM JATIDIRI AR201 SESI DISEMBER 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kem Jatidiri AR201 yang dilaksanakan DI PULAU TALI KAIL, TASIK BANDING GERIK, PERAK
PADA 27-29 JAN 2011 telah berjaya dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang berlaku. Aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan seperti LDK, Ice Breaking, ceramah pengurusan organisasi, protokol,jungle treking, survival, muhasabah diri di perkampungan orang asli,water confident, berakit dan kayak, perbentangan dan rumusan. Kem dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum En Mohd Raime bin Ahmad.

SILA DAPATKAN SIJIL PENYERTAAN  peserta DI UNIT KOKURIKULUM
Sekian.
Lt. Azri / Udom
Urusetia Kem Jatidiri