Aktiviti mingguan hari Rabu diteruskan lagi dengan aktiviti Monsoon Ride 2.0 . Aktiviti kayuhan sejauh lebih kurang 25km ini disertai oleh Pengarah PKB, Tuan Haji Rosli Bin Idris beserta TPA, Tuan Haji. Mohd Zaidi Bin Che Mod.
1. HAJI SAZAMI BIN SHAFI'I (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MUZIMAH AIDA BINTI MD MUSTAFA (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. MAZLAN BIN CHE MD JUSOH (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. NAZIAH BINTI DOLLAH (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)
Aktiviti mingguan hari Rabu diteruskan lagi dengan aktiviti Monsoon Ride 2.0 . Aktiviti kayuhan sejauh lebih kurang 25km ini disertai oleh Pengarah PKB, Tuan Haji Rosli Bin Idris beserta TPA, Tuan Haji. Mohd Zaidi Bin Che Mod.
JSKK menganjurkan aktiviti mingguan seperti biasa bagi melahirkan Warga PKB Cergas dan Sihat.
Pada 08/12/2021 telah diadakan Klinik Bola Tampar yang telah disampaikan oleh jurulatih bola tampar PKB, En Mohd Zulkafli bin Mohamed yang turut dibantu oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB En Wan Rozaimi dan Puan Bazlina.
Aktiviti bola tampar ini juga dihadiri oleh KJSKK En Wan Muhammad Marzudi Wan Muhammad.
10 Peserta Paintball PKB dibarisi pelajar pelbagai jurusan kejuruteraan seramai 7 orang yang menjadi pelapis baru dan alumni PKB seramai 3 orang telah mewakili PKB di kejohanan peringkat Kebangsaan anjuran Raskal Sports dan Classic Paintball dibawah seliaan KBS.
Sebanyak 16 team telah menyertai kejohanan kategori mekanikal.
Pusingan pertama PKB telah mendapat tempat ke 3, manakala pusingan kedua PKB berjaya naik ke tempat pertama bagi melayakkan ke peringkat Suku Akhir.
PKB tewas di peringkat penentuan suku akhir bertemu team Doy Sabertooth Tiger dari Johor dan PKB telah mendapat tempat ke 6 keseluruhan.
JSKK menganjurkan aktiviti mingguan seperti biasa bagi melahirkan Warga PKB Cergas dan Sihat.
Pada 01/12/2021 telah diadakan aktiviti memanah dimana klinik memanah telah disampaikan oleh En Rosihan bin Ab Aziz yang turut dibantu oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB En Wan Rozaimi dan Puan Bazlina.
Ramai peserta di kalangan pensyarah dan kakitangan PKB hadir untuk mencuba sukan memanah ini yang juga dihadiri oleh KJSKK En Wan Muhammad Marzudi Wan Muhammad.
Urusetia pada kali ini ialah Puan Wan Zamilah.
1. PENGENALAN :
Program Semarak Merdeka 2021 adalah melibatkan susunan aktiviti
–aktiviti bertemakan sambutan kemerdekaan yang dilaksanakan secara atas
talian. Pelaksanaan secara atas talian
ini adalah selaras dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan situasi Pandemik . Program ini dijalankan pada sepanjang bulan kemerdekaan
sehingga pertengahan September . Acara-acara yang diadakan adalah ;
i. Pertandingan Roda Rias,
ii. Pertandingan Ria-Warna , dan;
iii. Pertandingan Sudut Merdeka
Kesemua pertandingan adalah untuk menaikkan semangat
patriotik sempena sambutan hari kemerdekaan negara. Pertandingan adalah terbuka
kepada masyarakat setempat dan juga warga Politeknik Kota Bharu. Kategori Roda Rias adalah dibuka kepada penyertaan
kenderaan empat roda dan dua roda, dan pemenang adalah dipilih berdasarkan
kiraan dan pengumpulan “Like” terbanyak melalui Facebook para peserta.
Pertandingan Ria-Warna adalah aktivi mewarna doodle
yang ditetapkan oleh urusetia pertandingan. Kategori ini terbuka kepada tiga
kategori kanak-kanak sekolah rendah, iaitu pra-sekolah, tahap 1 dan tahap 2. Pemenang
Pemenang Roda Rias adalah melibatkan kiraan dan pengumpulan “Like”
terbanyak melalui Facebook para peserta. Acara berkumpulan pula
dipertandingakan melalui Sudut Merdeka, iaitu melibatkan dekorasi ruangan dan
sudut pejabat. Dekorasi sudut hendaklah menonjolkan tema sambutan hari
kemerdekaan negara. Pemenang kedua-dua pertandingan Ria-Warna dan Sudut Merdeka
ini adalah ditentukan secara penjurian.
2. OBJEKTIF :
Objektif program Semarak Merdeka 2021 ini adalah bertujuan untuk:
i. Menghidupkan sambutan kemerdekaan dan menerapkan rasa kasih pada negara.
ii. Menggilap pemikiran kreatif dan kritis para peserta
iii. Pengisian aktivi kakitangan dalam situasi pandemik semasa.
iv. Memenuhi keperluan KPI tahunan jabatan.
3. PENUTUP :
Pelaksanaan program secara online bukan sahaja dapat memberi pendedahan tentang aplikasi atas talian kepada urusetia dan peserta, tetapi juga memberi gambaran kaedah gerak-kerja melalui norma baru. Tahniah kepada semua peserta yang menyokong aktiviti dan sambutan bulan kemerdekaan kita. Diharapkan program secara maya ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang,.
Kursus tunjukcara aktiviti sukan telah dilaksanakan oleh JSKK seperti berikut
Tarikh: 1hb & 3hb Nov 2021
Tmpt:: Mini Stadium Dataran Gemilang PKB
Peserta: Pelajar kursus MPU24011
Aktiviti MONSOON RIDE yang akan
diadakan pada ketetapan berikut:
📆 Tarikh : 17 November 2021 (Rabu)
⏳ Masa : 7.30 pagi
🏬 Tempat : FOYER
🧚♀️ Pakaian : Sukan bersesuaian
Untuk menyertai boleh mengisi penyertaan di link berikut:
https://forms.gle/1Rh696pn7jVmZC4x6
Sebarang pertanyan boleh hubungi:
Encik Hasmadi - 0199423353
“Warga PKB Cergas”
~PBS JSKK
10 Oktober 2021- JSKK PKB menganjurkan Program Kayuhan sempena Hari Sukan Negara 2021.
KELAB PAINTBALL PKB (Kelab Paintball Gerak Gempur Wira) dalam perancangan menganjurkan Kursus Marshall Paintball siri 6/2021 yang akan di kendalikan oleh Jurulatih dari MALAYSIAN PAINTBALL REFEREE ORGANIZATION (MPRO).
Pelajar yang mengikuti kursus ini akan berpeluang menjadi Pengadil/Crew maintenain dan pemain paintball kerana setelah mengikuti kursus ini peserta mahir dan tahu undang2 paintball.
Pelajar yang berminat boleh hubungi AJK Paintball PKB seperti tecatat pada bunting di bawah.
Peserta yang lulus kursus tersebut layak untuk dipanggil bertugas di kejohanan tertutup PKB, peringkat negeri, Kebangsaan dan Asia ( akan diuruskan oleh MPRO) bagi tugasan peringkat selain dari tertutup PKB.