Pages

Sunday, July 31, 2022

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH MSP-PKB 2022

         TAHNIAH!!! SATU PERMULAAN SEMULA YANG BAIK SELEPAS PKP.

        Pasukan BOLA SEPAK PKB membuktikan kehebatan dengan berjaya merangkul JUARA menewaskan pasukan politeknik-politeknik yang lain dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah MSP-PKB 2022 pada 19 - 20 Julai 2022 di PKB.

         Majlis Perasmian Penutup Kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah PKB selaku Pengerusi Pusat Kecemerlangan Atlet Bola Sepak Majlis Sukan Politeknik. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB.

Tahniah kepada para pemenang:

    JOHAN             - Politeknik Kota Bahru (PKB B)

    NAIB JOHAN    - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA A)

    KETIGA             - Politeknik Balik Pulau (PBU)

    KEEMPAT          - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

            Tahniah juga kepada JSKK PKB selaku Penganjur Kejohanan juga merangkap Penyelaras Sukan Bola Sepak Majlis Politeknik Malaysia (MSP) di atas penganjuran yang berjaya ini.

    











Pasukan PKB B 
JOHAN

Pasukan PSMZA A
NAIB JOHAN

Pasukan PBU 
KETIGA

Pasukan POLISAS
KEEMPAT



No comments:

Post a Comment