Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Thursday, March 3, 2022

FLAG OFF CSR RELASIS POLITEKNIK KOTA BHARU KE KUALA BERANG, TERENGGANU

     3 Mac 2022, Telah berlangsung Majlis Flag Off CSR Relasis Politeknik Kota Bharu Ke Kuala Berang pagi tadi bertempat di Bangunan Blok Pentadbiran, PKB. Majlis penyerahan bendera kepada pasukan RELASIS PKB yang disertai oleh 6 orang Pegawai Bersekutu  dan 21 pelajar disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd  Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pegawai- pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Program ini yang akan membantu dalam gotong royong pasca banjir di Kuala Berang, Terengganu akan berada di sana daripada 3 hingga 5 Mac 2022.

#TogetherWeMakePKBNo1









No comments:

Post a Comment