Kejohanan kali ini PKB hanya berjaya di kedudukan ke 3 kumpulan
1. HAJI SAZAMI BIN SHAFI'I (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MUZIMAH AIDA BINTI MD MUSTAFA (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. MAZLAN BIN CHE MD JUSOH (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)
Kejohanan kali ini PKB hanya berjaya di kedudukan ke 3 kumpulan
3 Mac 2022, Telah berlangsung Majlis Flag Off CSR Relasis Politeknik Kota Bharu Ke Kuala Berang pagi tadi bertempat di Bangunan Blok Pentadbiran, PKB. Majlis penyerahan bendera kepada pasukan RELASIS PKB yang disertai oleh 6 orang Pegawai Bersekutu dan 21 pelajar disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pegawai- pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Program ini yang akan membantu dalam gotong royong pasca banjir di Kuala Berang, Terengganu akan berada di sana daripada 3 hingga 5 Mac 2022.
#TogetherWeMakePKBNo1
2 MAC 2022, JSKK telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kokurikulum Siri 1/2022 kepada pensyarah - pensyarah yang mengajar subjek kokurikulum bagi sesi 2022. Seramai lebih kurang 55 orang pensyarah telah mengikuti bengkel tersebut yang dibuat secara atas talian.
Diharapkan dengan perlaksanaan bengkel tersebut dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Ko-Ko.
1 MAC 2022, telah diadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) kepada atlet - atlet bola tampar PKB. UKJK diadakan adalah untuk memastikan atlet - atlet sentiasa cergas dan cerdas.