Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Monday, November 22, 2021

PROGRAM ‘SEMARAK MERDEKA 2021

 

1.    PENGENALAN :

Program Semarak Merdeka 2021 adalah melibatkan susunan aktiviti –aktiviti bertemakan sambutan kemerdekaan yang dilaksanakan secara atas talian.  Pelaksanaan secara atas talian ini adalah selaras dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan  situasi Pandemik . Program ini  dijalankan pada sepanjang bulan kemerdekaan sehingga pertengahan September . Acara-acara yang diadakan adalah ;

i.               Pertandingan Roda Rias, 
ii.            Pertandingan  Ria-Warna , dan;
iii.          Pertandingan Sudut Merdeka

 

Kesemua pertandingan adalah untuk menaikkan semangat patriotik sempena sambutan hari kemerdekaan negara. Pertandingan adalah terbuka kepada masyarakat setempat dan juga warga Politeknik Kota Bharu. Kategori Roda Rias adalah dibuka kepada penyertaan kenderaan empat roda dan dua roda, dan pemenang adalah dipilih berdasarkan kiraan dan pengumpulan “Like” terbanyak melalui Facebook para peserta.

Pertandingan Ria-Warna adalah aktivi mewarna doodle yang ditetapkan oleh urusetia pertandingan. Kategori ini terbuka kepada tiga kategori kanak-kanak sekolah rendah, iaitu pra-sekolah, tahap 1 dan tahap 2. Pemenang Pemenang Roda Rias adalah melibatkan kiraan dan pengumpulan “Like” terbanyak melalui Facebook para peserta. Acara berkumpulan pula dipertandingakan melalui Sudut Merdeka, iaitu melibatkan dekorasi ruangan dan sudut pejabat. Dekorasi sudut hendaklah menonjolkan tema sambutan hari kemerdekaan negara. Pemenang kedua-dua pertandingan Ria-Warna dan Sudut Merdeka ini adalah ditentukan secara penjurian.

2.    OBJEKTIF :

Objektif  program Semarak Merdeka 2021 ini adalah bertujuan untuk:
i.      Menghidupkan sambutan kemerdekaan dan menerapkan rasa kasih pada negara. 
ii.   Menggilap pemikiran kreatif dan kritis para peserta
iii. Pengisian aktivi  kakitangan dalam situasi pandemik semasa.
iv.  Memenuhi keperluan KPI tahunan jabatan.
 

3.    PENUTUP :

Pelaksanaan program secara online bukan sahaja dapat memberi pendedahan tentang aplikasi atas talian kepada urusetia dan peserta, tetapi juga memberi gambaran kaedah gerak-kerja melalui norma baru.  Tahniah kepada semua peserta yang menyokong aktiviti dan  sambutan bulan kemerdekaan kita. Diharapkan program secara maya ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang,.







No comments:

Post a Comment