Tanggal 7hb Nov 2016 dikala hujan turun renyai-renyai. Team USKK PKB telah menyahut cabaran untuk mendaki Gunong Stong yang ketinggian 1,422 m dari aras laut.
Pengarah Program Gunong Stong Challenge 2016 En Muhamad Anuar Seman merupakan pensyarah di Jabatan Perdagangan PKB yang juga Penolong Pegawai Kokurikulum USKK PKB telah membuat persediaan dengan membuka hebahan kepada pelajar PKB yang berminat setelah mereka selesai menghadapi peperiksaan akhir. Seramai 21 orang pelajar dan 9 orang pensyarah telah mendaftar untuk mengikuti pendakian ini.
Segala persediaan telah dibuat iaitu memohon kebenaran dengan Pejabat Hutan Jajahan Tanah Merah untuk dapat Kebenaran dan Permit Masuk. Surat makluman kepada Balai Polis Dabong serta jurupandu yang bertauliah.
Walaupun laluan trek yang agak licin namum semua peserta cekal dan bersemangat hingga sampai ke puncak Stong. Tahniah kepada semua peserta.
No comments:
Post a Comment