Majlis Perpisahan Komandan Relasis PKB telah diadakan pada 16 Jan 2016 bertempat di Foyer Bangunan Pentadbiran PKB.
Acara bermula dengan perbarisan masuk oleh 3 kontijen Unit Uniform PKB iaitu Relasis,Pispa dan Askar Wataniah.
Ketibaan Komandan Relasis PKB, PPjKR (Bersekutu) Kamaludin bin Daud yang juga mantan Timbalan Pengarah Akademik PKB yang telah bertukar ke Politeknik Jeli di iringi oleh Timbalan Komandan Relasis PKB, PPjR (Bersekutu) Udom a/l Ewon dan disambut oleh Komandan PISPA PKB, Mejar Bersekutu (PA) Hj Azahan bin Hj Daud yang juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB dan Pegawai Kokurikulum PKB, Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani.
Acara diteruskan dengan ketua perbarisan memberi tabik hormat kepada Tn. Kamaludin dan pemeriksaan barisan. Majlis penyerahan kerja daripada Komandan kepada Timbalan Komandan telah dilaksanakan dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment