Program
Back To Basic Leadership Programme 2015 merupakan program berkonsepkan
pembentukan jati diri dan kepimpinan yang disertai oleh pelajar Semester 1, 2
dan 3 Unit Uniform di Politeknik Kota Bharu. Program ini juga bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar dalam membentuk personaliti, cara komunikasi,
pengurusan dan kepimpinan. Di samping itu, program ini juga bertujuan melatih peserta supaya
berkemahiran sebagai seorang pemimpin atau ketua platun yang mampu
mengendalikan platun-platun dalam unit uniform.
Program ini telah memberi impak yang berkesan kepada pelajar
sepanjang mengikuti program ini. Melalui aktiviti ini segala matlamat dan
objektif telah tercapai dan ianya akan menjadi pemangkin kearah membentuk
generasi baru yang mempunyai jati diri yang lebih utuh dan cemerlang. Program ini
dijalankan bagi melahirkan barisan kepimpinan yang berkualiti dan cemerlang.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kem kepimpinan yang melibatkan aktiviti lasak
dan uji ketahanan diri, teambuilding dan latihan dalam kumpulan. Program ini
memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan tahap keyakinan dan jati
diri mereka melalui pelbagai aktiviti kepimpinan dan ketahanan fizikal dan
mental. Secara tidak langsung, program ini dapat melatih pelajar dengan
kelengkapan ciri-ciri kepimpinan yang berhemah melalui semangat kerja
berpasukan dan ketahanan diri yang unggul. Selain itu, elemen kerohanian dan
perkongsian minda melalui slot ceramah dan latihan dalam kumpulan turut
dijalankan.
Diadakan seperti berikut:
a.
Tarikh:
17,18,19/9/2015
b.
Hari : Khamis, Jumaat, Sabtu
c.
Program: Back
To Basic Leadership Programme
d. Lokasi : Petera Valley Resort & Training Centre, Tanah Merah, Kelantan.
e. Peserta : 40 orang pelajar terdiri daripada RELASIS,PISPA dan ASKAR WATANIAH
Laporan oleh Pengarah Program
Pn. Wee Siew Ping
No comments:
Post a Comment