Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Thursday, May 21, 2015

JEJAK GUNUNG TEBU 1ST SERIES

"Towards excellent leadership", begitulah tema program Jejak Gunung Tebu  1st Series yang telah diadakan dengan jayanya selama tiga hari bermula 19 Mac hingga 21 Mac 2015.  Program ini telah melibatkan 30 orang pelajar yang memegang jawatan sebagai Jawatankuasa Kokurikulum dan badan uniform di pkb iaitu RELASIS, WATANIAH dan PISPA dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan di Terengganu.  Program anjuran Unit Kokurikulum ini memberi peluang kepada para peserta untuk  meningkatkan tahap keyakinan dan jati diri mereka melalui pelbagai aktiviti kepimpinan dan ketahanan fizikal dan mental.  Ujian ketahanan fizikal dan mental telah dijalankan melalui Ekspedisi Gunung Tebu dan aktiviti survival seperti ikhtiar hidup serta aktiviti lasak seperti flying fox, rafting, abseiling dan water confident.  Secara tidak langsung, program ini dapat melatih pelajar dengan kelengkapan ciri-ciri kepemimpinan berhemah melalui semangat kerja berpasukan dan ketahanan diri yang unggul.  Selain itu, elemen kerohanian dan perkongsian minda melalui slot ceramah dan latihan dalam kumpulan turut dijalankan.  Program ini juga diadakan bagi menyampaikan watikah pelantikan kepada peserta sebagai  jawatankuasa kokurikulum PKB bagi tahun 2015.


Laporan oleh:
Muzimah Aida bt Md. Mustafa
(Unit Kokurikulum)


No comments:

Post a Comment