Pages

Tuesday, May 19, 2015

Jambori Kokurikulum 2014



Unit Kokurikulum PKB telah menganjurkan Jambori Kokurikulum untuk pasukan Unit Beruniform yang terdiri daripada Askar Wataniah, Pispa dan Relasis telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2014 . Program ini bertujuan menerapkan elemen-elemen jatidiri kepada pelajar unit Uniform semester satu bagi mempersiapkan diri untuk ke saluran dua pada semester hadapan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh urusetia. Antara Pertandingan yang diadakan ialah Pertandingan kawad, Cari harta Karun, Pemasangan Khemah, Memasak, sukaneka, paintball (target shooting), layang-layang dan Ikhtiar Hidup. Keputusan keseluruhan pertandingan yang diadakan dalam Jambori Kokurikulum 2014 ini Pispa telah menjadi Johan Keseluruhan, Naib Johan Wataniah dan tempat ketiga Relasis. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, PPjKR Kamaludin bin Daud.







No comments:

Post a Comment