Pages

Sunday, April 5, 2015

KEM JATIDIRI DAN PENGHAYATAN WARISAN PELAJAR KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM POLITEKNIK KOTA BHARU



Kem Jatidiri dan Penghayatan Warisan Pelajar Kokurikulum Unit Beruniform Politeknik Kota Bharu telah Berjaya dilaksanakan pada 11 hingga 13 November 2014 yang diadakan di Stesyen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pulau Bidong, Terengganu. Kem ini bertujuan menerapkan elemen-elemen jatidiri kepada pelajar di mana pelajar-pelajar tersebut perlu mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh urusetia. Selain itu para pelajar juga telah dibawa melawat ke bekas tapak penempatan pelarian warga Vietnam di pulau tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menerapkan kepada para pelajar tentang pentingnya memelihara tempat seperti itu untuk tatapan generasi yang seterusnya. 



No comments:

Post a Comment