Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, September 3, 2013

Pendaftaran Awal Kelab AR201 Bagi Sesi Dis 2013 (Sesi Hadapan) - Untuk Tindakan Pensyarah Kursus AR101 dan Penasihat Akademik Sem 1 Sahaja

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Awal Kelab AR201 (Kokurikulum 2) untuk Sesi Dis 2013 akan diadakan mulai 3 hingga 21 September 2013. 2. Sehubungan dengan itu, diharap tuan/puan dapat memaklumkan kepada pelajar semester 1 supaya mendaftar kelab tersebut seperti tarikh yang telah ditetapkan. Pendaftaran awal kelab ini adalah wajib kepada semua pelajar semester 1 dengan menggunakan kaedah “First Come First Serve”. 3. Aturcara Pendaftaran Awal Kelab AR201 adalah seperti berikut: Layari internet dan taip http://www.pkb.edu.my Bahagian I-PERKHIDMATAN PKB KLIK Portal SPMP MASUKKAN NO. K/P DAN NO. PENDAFTARAN KLIK i-KOKO KLIK PENDAFTARAN AWAL AR201 4. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran awal sila berjumpa dengan En. Wan Azhar Bin Wan Ismail di Unit Kokurikulum. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment