Pages

Monday, March 3, 2025

Penganjuran Kejohanan Paintball Terbuka Komuniti Kelantan

 14-15 feb 2025: Politeknik Kota Bharu.

Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu telah mendapat sokongan Dana Sukan Komuniti melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan menganjurkan Kejohanan Paintball terbuka kepada belia komuniti Kelantan.

20 pasukan telah menyertai kejohanan ini bermula 14hb dan berakhir 15hb feb 2025.

Kejohanan ini mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pengadil dari Malaysia Paintball Referee Organization (MPRO) serta Raskal Sports (pembekal peralatan paintball).

Rata-rata peserta sangat teruja terutama yang pertama kali dapat bermain sukan paintball ini secara bertempur kerana janag di adakan di Kelantan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Bazlina bt Bakri selaku Pegawai Belia dan Sukan Politeknik Kota Bharu.









#dskkbs2025
#kbsmalaysia
#rakanmuda
#kp2gwpkb
https://vt.tiktok.com/ZSMhmg5hh/


Target Shooting sempena Pesta Konvokesyen ke 37 PKB 2024

 18-22/08/2024-Melalui Unit Keusahawanan PKB, Kelab Paintball Gerak Gempur Wira telah diberi peluang untuk membuka booth Mari Mencuba Paintball dengan menembak target (Target Shooting) sempena Konvokesyen Politeknik Kota Bharu kali ke 37.

Dapat sambutan menggalakkan dari pengunjung yang terdiri daripada graduan, ibu bapa, saudaramara graduan, staf PKB dan juga dari peniaga gerai-gerai lain datang untuk mencuba menembak target menggunakan senjata (paintball marker).