14-15 feb 2025: Politeknik Kota Bharu.
Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu telah mendapat sokongan Dana Sukan Komuniti melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan menganjurkan Kejohanan Paintball terbuka kepada belia komuniti Kelantan.
20 pasukan telah menyertai kejohanan ini bermula 14hb dan berakhir 15hb feb 2025.
Kejohanan ini mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pengadil dari Malaysia Paintball Referee Organization (MPRO) serta Raskal Sports (pembekal peralatan paintball).
Rata-rata peserta sangat teruja terutama yang pertama kali dapat bermain sukan paintball ini secara bertempur kerana janag di adakan di Kelantan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Bazlina bt Bakri selaku Pegawai Belia dan Sukan Politeknik Kota Bharu.