2-4hb Nov 2023, Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Sukan paintball di negeri Kelantan agak ketinggalan kerana kurang penganjuran. Oleh itu Kelab Paintball Gerak Gempur Wira Politeknik Kota Bharu mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengadil, Klinik dan menganjurkan Kejohanan Paintball Komuniti@ Kelantan 2023. Peruntukan adalah dari Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
kelolaan Jabatan Belia dan sukan Negeri Kelantan
#DSKKBS.
Kelab Paintball Gerak Gempur Wira PKB satu-satunya kelab paintball IPT Malaysia serta kelab paintball pantai timur yang diluluskan lesen senjata oleh PDRM.
Sukan paintball adalah antara sukan yang semakin diminati oleh orang ramai. Sukan ini meliputi aspek teknikal, strategi, perancangan dan sebagainya. Sukan ini agak extrem yang memerlukan kawalan dan sistem keselamatan yang tinggi.
Antara Objektif program adalah:
- Meningkatkan penglibatan belia Kelantan dan belia pengajian tinggi dalam gaya hidup aktif sama ada dalam bidang sukan, kecergasan atau rekreasi
- Memberi pengetahuan asas kepada peserta dalam bidang sukan paintball terutama peraturan dan undang-undang.
- Memberi pendedahan kepada belia dalam menguruskan acara sukan
- Melahirkan pengadil dan pemain paintball belia Kelantan untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Penganjuran Kursus Kepengadilan ini telah disertai oleh 12 pelajar PKB dan 8 orang belia komuniti yang telah di uruskan oleh instructor dari Malaysia Paintball Referee Organization (MPRO) dan dibantu oleh teknikal Raskal Sports.
Bagi Kejohanan Paintball pula disertai oleh 11 team pelajar PKB dan 9 team dari belia komuniti.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Fathuddin Aizat bin Che Mohd Ariff, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas yang juga jawatankuasa kelab Paintball PKB
Keputusan kejohanan paintball komuniti @PKB 2023,
Juara- AZM Santai (komuniti luar)
Naib juara- werewolf Team (pelajar wanita sem 1 PKB)
Ketiga- team pangkal kalong (komuniti luar).
Kesemua peserta kursus asas kepengadilan paintball telah lulus dengan cemerlang. Sijil telah disampaikan oleh Mohd Syafieq Izzuddin hin Hussein, Event Manager Raskal Sport.