1. HAJI SAZAMI BIN SHAFI'I (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MUZIMAH AIDA BINTI MD MUSTAFA (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. MAZLAN BIN CHE MD JUSOH (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)
Pengurusan Kokurikulum PKB
JSKK PKB
Wednesday, August 17, 2022
Wednesday, August 10, 2022
Penyertaan Team Paintball PKB minggu cuti semester
23-24 Julai. Bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Team Paintball menyertai Kejohanan Paintball Kebangsaan ECPL vol.2.0 Piala Menteri Besar Terengganu. Latihan intensif telah dijalankan sebelum bergerak ke Kuala Terengganu.
PKB menyertai kategori Rookies. Untuk kejohanan kali ini Team PKB hadir dengan 3 tugas iaitu sebagai pemain, crew dan pengadil.
05-06 Ogos 2022,Bertempat di Nemesis Legion Academy Puncak Alam Selangor. Team Paintball PKB menyertai WPL (Winter Paintball League).
Penglibatan atlit PKB sebagai pengadil MPRO dan mewakili team IPD Taiping (Patriotz)
Monday, August 1, 2022
Program Rakan Muda @ Kampus: Karnival Mini Sukan Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Peringkat Zon Timur 2022
Tahniah diucapkan kepada Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN di Program Rakan Muda @ Kampus: Karnival Mini Sukan Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Peringkat Zon Timur 2022. Karnival ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 29 dan 30 Julai 2022 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Penganjur utama program ini ialah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang dibantu oleh pihak UMT dan UniSZA.
SRM Politeknik Kota Bharu muncul juara keseluruhan setelah mendapat Johan dalam kategori pertandingan futsal dan tempat ke - 3 untuk pertandingan bola jaring. Wakil SRM lain yang mewakili Negeri Kelantan ialah SRM Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok yang mendapat Naib Johan bagi pertandingan futsal. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan SRM daripada Kelantan yang menyertai Karnival ini.
Majlis penutup
program ini telah di sempurnakan oleh YB Dato' Haji Yahya Bin Ali, Yang
Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.