Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, December 28, 2021

PROGRAM - PROGRAM JSKK OKTOBER - DISEMBER 2021

 


PROGRAM - PROGRAM JSKK OKTOBER -  DISEMBER 2021


FIT@PKB "GATIH WITH ME" - MONSOON RIDE 2.0

            


            Aktiviti mingguan hari Rabu diteruskan lagi dengan aktiviti Monsoon Ride 2.0 . Aktiviti kayuhan sejauh lebih kurang 25km ini disertai oleh Pengarah PKB, Tuan Haji Rosli Bin Idris beserta TPA, Tuan Haji. Mohd Zaidi Bin Che Mod.












FIT@PKB "WALK WITH ME" - BOLA TAMPAR

  JSKK menganjurkan aktiviti mingguan seperti biasa  bagi melahirkan Warga PKB Cergas dan Sihat.

Pada 08/12/2021 telah diadakan Klinik Bola Tampar yang telah disampaikan oleh jurulatih bola tampar PKB, En Mohd Zulkafli bin Mohamed yang turut dibantu oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB En Wan Rozaimi dan Puan Bazlina.

Aktiviti bola tampar ini juga dihadiri oleh KJSKK En Wan Muhammad Marzudi Wan Muhammad.






Wednesday, December 15, 2021

PENYERTAAN TEAM PAINTBALL PKB DI KEJOHANAN ECPL GRAND FINALE 2021


 10-12/12/2021 bertempat di kem Nemo Paintball Field, De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang

10 Peserta Paintball PKB dibarisi pelajar pelbagai jurusan kejuruteraan seramai 7 orang yang menjadi pelapis baru dan alumni PKB seramai 3 orang telah mewakili PKB di kejohanan peringkat Kebangsaan anjuran Raskal Sports dan Classic Paintball dibawah seliaan KBS.

Sebanyak 16 team telah menyertai kejohanan kategori mekanikal.

Pusingan pertama PKB telah mendapat tempat ke 3, manakala pusingan kedua PKB berjaya naik ke tempat pertama bagi melayakkan ke peringkat Suku Akhir.

PKB tewas di peringkat penentuan suku akhir bertemu team Doy Sabertooth Tiger dari Johor dan PKB telah mendapat tempat ke 6 keseluruhan.

Bergambar bersama Baju Sumbangan Persatuan Alumni PKB






Team PKB bergambar bersama peserta Alumni PKB yang menyertai Team Luar




THE FINAL STANDING OF ECPL FINALE FOR MDIV
1. KB ARMY
2. KSMBPP JOKERZ
3. DOY SABERTOOTH TIGER
4. TACHANKA
5. CPM RAMPAGE
6. PKB
7. ATWA STOLEN
8. FRATERNITY EX
9. ASSAULT  TACTICOOL
10. KSMBPP RESISTANCE
11. KB ARMY JR 
12. WINTER GHOST
13. SEQPISTO
14. GAURUSOUROUS WARRIOR
15. FRATERNITY TC
16. KB ARMY LADIES


Wednesday, December 1, 2021

FIT@PKB "WALK WITH ME" JOM MEMANAH

 JSKK menganjurkan aktiviti mingguan seperti biasa  bagi melahirkan Warga PKB Cergas dan Sihat.

Pada 01/12/2021 telah diadakan aktiviti memanah dimana klinik memanah telah disampaikan oleh En Rosihan bin Ab Aziz yang turut dibantu oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB En Wan Rozaimi dan Puan Bazlina.

Ramai peserta di kalangan pensyarah dan kakitangan PKB hadir untuk mencuba sukan memanah ini yang juga dihadiri oleh KJSKK En Wan Muhammad Marzudi Wan Muhammad.

Urusetia pada kali ini ialah Puan Wan Zamilah.






Penerangan oleh sifu memanah PKB en Rosihan Ab Aziz

Sebahagian peserta yang hadir untuk mencuba busur atau memanah