Kelab Paintball Politeknik Kota Bharu (PKB) telah melakar sejarah tersendiri pada tahun 2018 yang mana kejayaan menjadi JUARA dalam Kejohanan Paintball liga EPS Leg 2 di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi. PKB yg mewakili Politeknik Malaysia adalah satu-satunya team dari IPT yg berjaya sampai ke tahap ini dalam sukan Paintball di Malaysia.
Pada 7hb dan 8hb Julai 2018, PKB telah menjadi JUARA kategori Novice mengetepikan 8 pasukan ternama yg lebih berpengalaman dalam sukan paintball. Lebih manis lagi salah seorang atlit paintball PKB MUHAMMAD ZAWAWI BIN HUSSIN, Diploma Kejuruteraan Awam telah dinobatkan sbg penerima Anugerah pemain keseluruhan terbaik.
Anugerah tersebut telah menaikkan semangat kpd atlit2 paintball PKB untuk mencapai Kejuaraan bg melayakkan PKB ke Peringkat Asean Cup di Australia bulan oktober nanti.
Menurut Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani selaku Jurulatih dan pengurus team PKB, latihan yg telah dijalankan sebelum menghadapi kejohanan adalah dlm bentuk taktikal iaitu rancang, serang dan bertahan. Faktor kesabaran pemain juga sangat penting. Beliau juga sangat gembira kerana team Paintball PKB mendapat sokongan yg padu dari KJSKK En Udom a/l Ewon serta dari Pengarah PKB Hj Noor Azahan bin Othman. Pemain PKB yg terdiri dari unit uniform Askar Wataniah, Relasis dan Pispa adalah pelajar yg lasak dan menerima latihan taktikal yg mantap di PKB.
PKB berada di rangking kedua setakat ini dgn 288 mata, ketinggalan 22 mata dibelakan pendahulu dari team Anarki Legion.
Team PKB perlu harungi :
1. Siri ke 3 pada 4&5 / 8/18
2. Siri ke 4 ( final) pada 7&8/9/18
3. Asia Cup Australia 12/10/18.
Dalam kebolehpasaran pemain paintball PKB pula satu
Impak yg tinggi PKB juga mempunyai marshall paintball yg sering diundang utk mengadili kejohanan paintball peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Terbaru pelajar Siti Nor Farhana bt Mohd Lutfi di panggil sbg Pengadil di Kejohanan Paintball Terbuka Medan Indonesia pd 25-26/8/18.
Player PKB yg tamat belajar juga di perlawa utk dipilih oleh pasukan ternama menyertai team mereka.