Pulau Perhentian, Terengganu
Disertai oleh 32 pelajar dari kalangan yg aktif dgn Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) Politeknik Kota Bharu terdiri dari pelajar Relasis, Pispa, Askar Wataniah, Sukan Paintball & Kebudayaan (tarian) serta 8 Pegawai dari USKK PKB.
Tukun tiruan replika penyu sebagai simbolik haiwan laut yg terkenal di Malaysia terutama Negeri Terengganu.
Idea merekabentuk seekor penyu dicetuskan oleh Ketua Unit Sukan, Kokurikukum & Kebudayaan PKB (KUSKK) En. Udom a/l Ewon.
Projek ini mengambil masa sebulan iaitu dilaksanakan oleh pelajar dengan dibantu oleh pensyarah kokurikulum diketuai oleh mantan TPA PKB En Kamaludin bin Daud.
Material yg digunakan ialah...
1. peringkat permulaannya membuat acuan iaitu dengan menggunakan tanah.
Pelajar merekabentuk acuan seekor penyu belimbing dengan tanah.
(Ambil masa seminggu utk acuan betul2 keras).
2. Lilitan dawai di pasang disegenap tubuh penyu.
3. Jaring keluli di pasang pada keseluruhan tubuh penyu.
4. Simen digaul dengan pasir halus & dilumurkan di seluruh badan penyu.
5. Merekabentuk lengkuk kulit penyu.
(Mengambil masa seminggu utk simen keras)
- membuang semua tanah (acuan) pd badan penyu.
6. Cat putih lapisan pertama.
7. Cat warna hitam
8. Cat putih untuk bintik2 pd badan penyu.
9. Mereka bentuk kerangka (stand) menggunakan paip pvc berkualiti..setiap sambungan dipasang skru agar tahan lama mengelakkan dari tercabut sekiranya terkena arus ombak.
Proses ini memakan masa seminggu -ilmu pelajar kejuruteraan awam.
10. Membuat besi pacang untuk ditusukkan kedalam pasir agar kerangka dan penyu tidak bergerak - pelajar kejuruteraan mekanikal menggunakan kemahiran kimpalan arka.
Pelancaran pertama oleh Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman, Pengarah PKB pada 14 Mei 2016 di PKB.
Tanggal 15 Mei..replika penyu di bawa ke Pulau Perhentian. Pelancaran telah disempurnakan oleh YBM Tg Zaihan bin Che Ku Abd Rahman, Adun Besut. Penyu diturunkan oleh YBM bersama peserta program di Jeti Taman Laut P.Perhentian.
Tentatif
1. Pelancaran tukun tiruan replika penyu belimbing di Jeti Tmn Laut. (Disempurnakan oleh YBM Tg Zaihan bin Che Ku Abd Rahman-Adun Besut).
Turut hadir En Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Bhg Pembangunan Pelajar (BPPEL),
Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia.
2. Komunikasi dlm B.I-pelajar dibahagi kpd beberapa kump. dan mereka akn bergerak mencari pelancong asing utk menjadi fasilitator-mereka akn menerangkan seni warisan budaya Malaysia. Pelajar mengedarkan flyes program kpd pelancong agar hadir ke cocohut resort utk melihat persembahan kebudayaan yg akn di persembahkan oleh pelajar.
3. Persembahan kebudayaan-pencak silat, dikir barat & tarian asyik.
Bahan:
1. Tanah, air, besi dawai, jaring keluli, simen, pasir, cat, paip pvc.
Kos dalam RM300.
Teknik pembuatan simen fero.
Tukun tiruan replika penyu akn jadi tarikan pelancong di p.perhentian.
Bagi persembahan kebudayaan- telah mendapat sambutan hangat di kalangan pelancong asing.