Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Tuesday, June 30, 2015

KURSUS ASAS MENDAKI GUNUNG STONG, JELAWANG, DABONG KELANTAN.



KURSUS ASAS MENDAKI GUNUNG STONG anjuran Kelab Askar Wataniah dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang.Tamatnya kursus ini dapat membuktikan bahawa mereka mampu menyahut cabaran serta mempunyai keyakinan dalam diri dengan jayanya.
Tempat: GUNUNG STONG, JELAWANG , KELANTAN
Tarikh: 26HB. – 28HB. APRIL 2015  
Peserta: 34 Pelajar Kokurikulum Saluran 2 DRB 2011 Askar Wataniah
  Perjalanan Program ialah bermula ;
26 hb menaiki Baha Basecamp, persediaan memasang khemah dan aktiviti LDK.
27hb mendaki ke puncak Stong dan aktiviti LDK di Puncak Stong. Turun ke Basecamp
28hb perbentangan kumpulan dan turun melalui resort dan kembali ke PKB.
Program ini telah disertai oleh Ketua Unit Kokurikulum PKB, En Udom a/l Ewon dan Timbalan Pengarah Akademik PKB, En Kamaludin bin Daud yang banyak memberi semangat kepada semua peserta.




Program Taman Botani PKB



Program Taman Botani PKB merupakan satu program melestarikan alam sekitar di kawasan kampus PKB. Program ini dilakukan di atas kesedaran yang tinggi terhadap perubahan iklim dan isu pemanasan global yang semakin mengancam persekitaran. 
 
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar DKA 5C. Program ini  bertujuan untuk mewujudkan taman botani yang melambangkan kelestraian alam dan pusat free carbon PKB. 

 Program ini dapat mewujudkan persekitaran yang baik dengan sistem springler dapat memudahkan tanaman disiram secara menyeluruh setiap hari hanya dengan membuka satu paip sahaja. Ini dapat mengurangkan jejak karbon yang dilihat menjadi punca kepada pemanasan global dan fenomena hujan asid dengan membersihkan kawasan yang terjejas di samping memberi pendedahan luar kepada pelajar-pelajar tentang persekitaran dan hubungan kemasyarakatan.
Tarikh Program:   18/3/2015
Lokasi : Taman sebelah Unit Kokurikulum, PKB
Program sebegini perlu diadakan untuk menerapkan ilmu sahsiah dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar melalui pendedahan secara terus kepada dunia luar. Ia secara tidak langsung akan dapat memenuhi keperluan KPI Politeknik secara umumnya dan KPI Jabatan Kejuruteraan Awam, PKB khasnya. 




  En Kamaludin bin Daud (TPA) merasmikan Program Botani dengan menanam pokok Herba.












Pengarah Program Pn Mahanon Muhammad menanam pokok

peserta sedang menanam pokok


Laporan oleh:
Mahanon binti Muhammad
(Unit Kokurikulum PKB)


Pertandingan Memanah Tradisional, Politeknik Kota Bharu (PKB).


Kelab Memanah (DRS213)  sesi Disember 2014 telah berjaya menganjurkan Pertandingan Memanah Tradisional, Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah berlangsung pada :

            Tarikh : 28hb. Mac 2015 (Sabtu)
            Masa   : 8.00 pagi – 5.00 petang
            Tempat : Bilik Seminar ULPL 2 & Padang Ragbi, PKB.

Program ini yang melibatkan kesemua ahli
Kelab Memanah (DRS213) telah dimulai dengan kursus pendek disebelah paginya yang telah disampaikan oleh Encik Harith@Abdul Nasir Bin Kamarul Jamal. Beliau merupakan Pengasas@Pengurus Pusat Memanah Kok Lanas yang juga merangkap Setiausaha Kehormat Kelab Memanah Sunnah Kelantan. Manakala disebelah petangnya pula, pertandingan telah dijalankan.

 Memanah memerlukan tumpuan agar busur menuju sasaran dengan tepat

Penasihat Kelab memanah PKB En Mohd Fadly Abdullah menunjukkan kemahiran memanah.

Laporan oleh:
Mohd Fadly bin Abdullah
(Unit Kokurikulum PKB)

KEJOHANAN LIGA PAINTBALL TaHa@U ZON TIMUR



PKB telah menghantar 3 team untuk menyertai pertandingan ini dan 1 team sebagai Referee.
Pertandingan berlangsung pada 16 Mei 2015 bertempat di
UNIVERSITI sultan zainal abidin TERENGGANU (Unisza)
 
Pada kejohanan kali ini nasib telah menyebelahi pasukan PKB yang mana ketiga-tiga team telah terpilih mewakili Zon Timur ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan di Shah Alam pada November 2015 nanti.  Begitu juga pelajar yang bertugas sebagai Referee telah mendapat pujian dari pihak penganjur. 
Keputusan Pertandingan : 
PKB A tempat Ketujuh (Hadiah wang tunai RM150)
PKB B Naib Juara (Hadiah wang tunai RM800)
PKB C Juara ( Hadiah wang tunai RM1000)
                  
 Team C

 Team C JUARA

 Team Referee

Team A

Team B